my nuffnang

Pages

Monday, December 03, 2012

Irma Hasmie Mengandung 5 Bulan (Gambar)

Gambar Irma Hasmie mengandung 5 bulan semasa keluar bersama suaminya Redza Syah Azmeer Dato Mohd Redzuan dan rakan artis lain bertujuan mengutip derma dan sumbangan untuk Palestine.


Irma hamil anak lelaki dan dikatakan selera makannya bertambah sejak berbadan dua tu. Semoga segalanya lancar dan baik untuk Irma Hasmie sekeluarga.

-- Pernikahan Irma Hasmie Dan Reza Syah Dato Mohd Redzuan
-- Perkahwinan Anas Datuk K Dan Nasha Allysa Datuk Hishammuddin (Gambar)

Saturday, December 01, 2012

Malaysia vs Indonesia Piala AFF Suzuki 1.12.12

Tahniah Malaysia Harimau Malaya menang 2-0 Indonesia dlm perlawanan peringkat kumpulan seterusnya layak ke suku akhir Piala AFF Suzuki 2012. Gol pertama Malaysia dijaringkan Azamudin Akil pada minit ke 26 dan diikuti jaringan Mahali Jusali selang 3 minit pada minit ke 29.


Dalam perlawanan lain, Singapura atasi Laos 4-3. Lawan seterusnya di peringkat suku akhir menanti Malaysia adalah Thailand.

Tahniah sekali lagi Malaysia dan semoga terus cemerlang dalam kempen Piala AFF Suzuki 2012.

-- Perkahwinan Anas Datuk K Dan Nasha Allysa Datuk Hishammuddin (Gambar)
-- Kenduri Lauk Basi Busuk Dan Nasi Mentah Di Dewan Majlis Perbandaran Pulau Pinang

Thursday, November 29, 2012

Malaysia 4 Laos 1 Piala AFF Suzuki 28.11.12

Misi skuad Harimau Malaya masih belum selesai biarpun slot ke separuh akhir kembali terbuka sebaik anak-anak buah Datuk K. Rajagobal membelasah Laos 4-1 dalam aksi Kumpulan B kempen Piala Suzuki AFF 2012 di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi.


Sedar atau tidak, kepantasan jentera serangan Laos yang diterajui Keoviengpheth Lithideth, Soukaphone Vongchiengkham dan Khampheng Sayavutthi ketika melakukan serangan kilat malam tadi juga sering kali 'melemaskan' benteng pertahanan negara yang diterajui Aidil Zafuan Abdul Razak dan Mohamad Fadhli Shas.

Thursday, November 22, 2012

Dean Homestay Tersingkir Masterchef Malaysia 2 Di Cameron Highlands

Dean atau Ahmad Nuruddin Md Rasid peserta terbaru tersingkir persaingan Masterchef Malaysia 2. Kali ni sessi penyingkiran berlaku di Cameron Highlands bertempat Boh Tea Plantation Sungei Palas. Tempat Aaron Aziz dan Lisa Surihani shooting Ombak Rindu tu la kan. 3 peserta terlibat iaitu Izyan, Etiqa dan Dean.


Dean terpaksa mengucapkan selamat tinggal kpd peserta2 lain kerana menu hidangannya kurang menepati citarasa para chef juri. Kini tinggal 8 peserta untuk meneruskan cabaran dalam Masterchef Malaysia 2 yg semakin hampiri kemuncaknya. Berikut sedikit mengenai Dean: -

Wednesday, November 21, 2012

Malaysia 1 Bangladesh 1 Perlawanan Persahabatan 20.11.12

Skuad Datuk K. Rajagobal hampir malu besar. Lawan Bangladesh pun tidak boleh menang, inikan pula mempertahankan AFF Suzuki. Sudah tentu itu mesej yang cukup jelas diterima pengendali Harimau Malaya, Rajagobal semasa skuad kendaliannya sekadar seri 1-1 dengan Bangladesh dalam aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi.


Dengan hanya kurang 2,000 penonton hadir ke stadium, itupun sebahagiannya penyokong Bangladesh, tidak mustahil senario yang lebih kurang sama bakal berulang ketika aksi pembuka tirai Kumpulan B Kejohanan Piala AFF Suzuki menentang Singapura di stadium sama Ahad ini.

Sunday, November 18, 2012

AIM 19 Keputusan Penuh Anugerah Industri Muzik

Lagu Patah Seribu nyanyian Shila Amzah diangkat sebagai Lagu Terbaik dalam Anugerah Industri Muzik 19 (AIM 19) yang berlangsung di Stadium Melawati malam Sabtu.

Shila mencipta sejarah untuk dirinya sendiri apabila kali pertama menerima pengiktirafan di negara sendiri selepas menjadi juara dalam pertandingan Asian Wave 2012 pada 17 September lalu. Lebih bermakna apabila karya berkenaan adalah hasil ilham Shila sendiri daripada penulisan lirik sehingga penciptaan lagu.

"Saya amat terharu dengan kemenangan ini. Ia adalah kejayaan pertama saya di negara sendiri " katanya selepas menerima trofi kemenangan daripada penyanyi terkenal, Datuk Hattan. 

Patah Seribu turut dinobatkan sebagai pemenang dalam kategori Lagu Pop Terbaik menewaskan karya lain seperti Jagalah Diri (Jaclyn Victor) dan Terukir Di Bintang (Yuna).

Wednesday, October 31, 2012

Chef Riz Akui Rumah Tangganya Sedang Bergolak

Chef selebriti, Chef Riz atau nama sebenarnya Mohd. Nadzri Redzuawan, 31, mengakui perkahwinannya dengan aktres jelita, Ana Dahlia yang belum mencapai usia setahun kini sedang bergolak.


Chef Riz dalam kenyataannya kepada akhbar Kosmo! pada Rabu bagaimanapun enggan mengulas tentang dakwaan kononnya mereka berdua telah mengambil borang permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Kajang, Selangor baru-baru ini.

Tuesday, October 30, 2012

Peguam Terjun Dari Tingkat 9 Hospital

Seorang peguam wanita bertindak nekad dengan terjun dari tingkat sembilan Hospital Umum Sarawak di sini kerana kecewa dengan tindakan suami yang mahu menceraikannya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) semalam.


Bagaimanapun dalam kejadian pada pukul 2.30 petang itu, peguam berumur 30 tahun itu hanya patah tangan kiri apabila dia tersangkut di tingkat empat bangunan sama. Menurut sumber, sebelum itu mangsa yang menetap di Tabuan Jaya di sini telah dikejarkan ke hospital oleh ibunya selepas dia mengadu sakit pada dada.

Monday, October 29, 2012

Aaron Aziz Demam Dimasukkan Hospital

Aaron Aziz dimasukkan ke hospital pagi ini berikutan demam teruk dialaminya sejak beberapa hari lalu. Perkara itu disahkan oleh isterinya, Diyanah Halik melalui laman mikro Twitter. Menurut Diyana, Aaron mengalami demam teruk akibat pneumonia.


Namun, suhu badan Aaron dilaporkan sudah turun sedikit selepas menerima rawatan. Pneumonia merupakan jangkitan kuman pada paru-paru yang boleh berlaku akibat demam. Diyana menulis, terima kasih atas ucapan daripada semua. "Sekarang dah turun sikit," katanya.

Wednesday, October 17, 2012

Keputusan Malaysia vs Hong Kong Menang 3-0

Kemarau Harimau Malaya memburu kemenangan pada aksi persahabatan antarabangsa di tempat lawan sejak 2007, akhirnya ternoktah selepas menewaskan Hong Kong 3-0 di Stadium Mongkok, Hong Kong malam tadi. Apa yang pasti, kemenangan itu pastinya menutup mulut pengkritik yang sebelum ini meragui percaturan jurulatih kebangsaan, Datuk K. Rajagobal.


Pada perlawanan malam tadi, Harimau Malaya yang bermula garang begitupun kecewa apabila percubaan awal kapten, Mohd. Safee Sali terus ke dakapan penjaga gol Hong Kong, Yapp Hung Fai pada minit ke-21. Peluang terbaik pelawat memecah kebuntuan sekali lagi hadir pada minit ke-36 namun rembatan pemain sayap, S. Kunalan sekadar singgah di palang gol hasil satu sepakan penjuru. Hung Fai sekali lagi bertindak cemerlang apabila menggagalkan percubaan Baddrol Bakhtiar pada minit ke-39 dan 42.

Tuesday, October 16, 2012

Diana Danielle Dan Farid Kamil Nikah 3 November

Setelah berteka teki mengenai tarikh perkahwinan, pasangan pelakon Farid Kamil, 31, dan Diana Danielle, 21, akhirnya mengesahkan bakal disatukan sebagai suami isteri pada 3 November depan.


Berita gembira itu diumumkan sendiri oleh Farid pada pra tonton filem Pe3 terbitan Metrowealth Movie Productions di sini, pada malam Isnin. "Syukur, hubungan kami mendapat restu keluarga. Insya-Allah kami akan bernikah pada 3 November ini. Doakanlah kebaikan perkahwinan kami," katanya ringkas.

Saturday, October 13, 2012

Kelantan 2-0 Selangor, Separuh Akhir Kedua Piala Malaysia 2012

Pasukan Kelantan berjaya mara ke final Piala Malaysia selepas menumpaskaan Selangor, 2-0 pada aksi penuh dramatik separuh akhir kedua di Stadium Shah Alam, Jumaat. Kelantan mara ke final secara agregat 3-0 selepas turut mencatat kemenangan 1-0 pada aksi pusingan separuh akhir pertama minggu lalu.


Aksi serangan pantas kedua- dua pasukan gagal membuahkan gol pada babak pertama permainan. Namun bermula babak kedua, skuad Kelantan yang dibimbing oleh Bojan Hodak tampil lebih agresif mencari gol melalui dua penyerangnya, Mohamad Ghaddar dan Nor Shahrul Idlan Talaha.

DJ Best 104 Dirompak, 2 Didakwa

Seorang remaja bawah umur antara dua lelaki yang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan merompak seorang juruhebah stesen radio Best 104 bulan lalu.


Remaja berusia 17 tahun yang bakal mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan Muhamat Arafi Amin Wong, 21, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Hassan Abdul Ghani.

Thursday, October 11, 2012

Jimmy Shanley Dan Nursuhaila Bercerai Tebus Talak RM1

Setelah sekian lama mengharungi konflik dalam rumah tangga, akhirnya pengacara Jimmy Shanley Norjahan Salleh dan isterinya Nursuhaila Eliani Suhaimy bercerai talak satu secara khuluk atau tebus talak dengan bayaran RM1.


Lafaz cerai (khuluk) itu dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Abd Halim Abu Samah di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Rabu selepas pasangan berkenaan bersetuju untuk menamatkan rumah tangga masing-masing.

Monday, October 08, 2012

Skyline GTR Rempuh Pokok Di Jln Haji Ahmad 1 (Gambar)

Empat termasuk seorang pekerja spa wanita warga China maut manakala dua lagi cedera parah apabila dua buah kereta yang dipandu laju terbabas dan melanggar pokok di Jalan Haji Ahmad 1 menghala ke arah Semambu Kuantan semalam.


Mangsa-mangsa yang terbunuh dalam kemalangan ngeri pada pukul 4 pagi itu ialah pemandu kereta Nissan GTR, Tan Kah Yong, 24, dari Klang, Selangor dan penumpangnya wanita warga China, Bao Shanshan, 26.

Saturday, October 06, 2012

Syarikat Pelaburan Emas Diserbu Lagi Slps Genneva

Tiga lagi syarikat pelaburan emas di Kuala Lumpur telah diserbu kerana disyaki mengambil deposit secara haram. Premis bagi Pageantry Gold Bhd, Caesar Gold Sdn Bhd dan Worldwide Far East Bhd diserbu pada Jumaat oleh Bank Negara, polis dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Antara lain, mereka sedang disiasat atas dakwaan melakukan pengubahan wang haram, pengelakan cukai, termasuk pernyataan palsu, dan pelantikan ejen tidak berlesen, kata Bank Negara dalam satu kenyataan. Mereka adalah syarikat pelaburan emas terbaru yang diserbu selepas Genneva Malaysia Sdn Bhd, yang sedang disiasat kerana kesalahan yang sama seperti yang disiarkan pada muka depan akhbar The Star pada Selasa.

Tuesday, September 25, 2012

Minuman Berkarbonat Punca Gemuk

Tiga kajian terbaharu yang disiarkan di Amerika Syarikat (AS) pada minggu lalu mengesahkan terdapat kaitan antara minuman manis berkarbonat dan air buah-buahan yang mengandungi kandungan gula tinggi dengan penularan kegemukan atau obesiti dalam kalangan penduduk AS.

Menurut penulis satu kajian yang disiarkan jurnal New England Journal of Medicine di online, pengambilan minuman tersebut meningkat lebih dua kali ganda sejak tahun 1970-an. Kajian itu menyatakan pada tempoh masa yang sama, kadar obesiti dalam kalangan penduduk dewasa AS meningkat 30 peratus.

Sunday, July 22, 2012

Ariel Peterpan Bebas

Jika mengikut percaturan, vokalis kumpulan Peterpan, Nazriel Irham yang popular dipanggil Ariel akan dibebas pada tahun hadapan.

Bagaimanapun, mulai esok, Ariel yang dihukum penjara tiga tahun akibat kesalahan mengedar bahan pornografi akan dapat menghirup udara segar di luar jeriji besi.

Ketua Bahagian Kemasyarakatan Indonesia, Dedi Sutardi menerangkan, Ariel dibebaskan setelah dia menjalani dua pertiga masa hukumannya. "Selain itu, dia juga telah menjalani asimilasi dan berkelakuan baik selama di lembaga pemasyarakatan," katanya.

Saturday, June 30, 2012

Neelofa Boleh Terima Maaf Anzalna Tapi Bersyarat

Pelakon jelita Neelofa yang kini hangat "berperang" dengan seorang lagi artis tempatan bernama Anzalna Nasir bersedia menerima permohonan maaf secara terbuka daripada bintang baru itu tetapi dengan beberapa syarat.


Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 23, berkata, dia sudah menghantar sepucuk surat melalui Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Zed Zaidi pada Jumaat yang antara lain meminta Anzalna, 24, memenuhi syarat-syarat berkenaan.

Monday, June 11, 2012

Bapa Lee Chong Wei Cuba Terjun Jambatan Pulau Pinang

GEORGETOWN: Bapa pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei berjaya diselamatkan daripada cubaan untuk terjun dari Jambatan Pulau Pinang di Kilometer 2, menghala tanah besar di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 4 pagi itu, Lee Ah Chai, 61, pada mulanya dilihat menangis di tepi laut berhampiran pusat beli-belah Queensbay Mall, Bayan Lepas.



Saturday, June 09, 2012

Euro 2012: Rusia tumpaskan Republik Czech 4-1

Rusia membuktikan betapa mereka perlu diberi perhatian sebagai salah satu pasukan yang mampu melakukan kejutan pada saingan Euro 2012 setelah menang besar, 4-1 ke atas Republik Czech pagi ini.

Penyerang CSKA Moscow, Alan Dzagoev membuka jaringan pada minit ke-15 sebelum meledak rembatan padu pada minit ke-79 untuk menewaskan penjaga gol Czech, Petr Cech buat kali kedua.

Sementara dua lagi gol disumbangkan pemain tengah, Roman Shirokov pada minit ke-24 dan pemain gantian, Roman Pavlyuchenko kira-kira lapan minit sebelum perlawanan tamat.

Gol sagu hati Czech pula dijaringkan pemain tengah, Vaclav Pilar pada minit ke-52.

Selain aksi pantas dan taktikal tepat, kemenangan besar anak-anak buah Dick Advocaat turut dibantu kerapuhan benteng pertahanan lawan yang sering membenarkan penyerang Rusia bebas mencari ruang untuk melancarkan serangan. utusan

-- Wardina Tidak Fobia Kerana Panggilan Lucah

Saturday, May 05, 2012

Datuk Fickry Yaacub Meninggal Dunia

Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Fickry Yaacub meninggal dunia di rumahnya di Taman Tun Dr Ismail malam tadi akibat serangan jantung.

Adik beliau, Datuk Hussamuddin yang juga Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf memberitahu, Allahyarham sebelum itu sedang menonton perlawanan bola sepak secara langsung antara Kelantan bertemu Lions XII.

Saturday, April 28, 2012

Nayati Shamelin Diculik Depan Mont Kiara International School

Sepasang suami isteri warga Belanda tidak keruan apabila anak lelaki mereka yang berusia 12 tahun hilang dilarikan dua lelaki di depan Mont Kiara International School di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 7.30 pagi, Nayati Shamelin Moodliar, 12, anak sulung daripada dua beradik, berjalan kaki seorang diri dari rumahnya yang terletak kira-kira 300 meter dari sekolah.

Wednesday, April 18, 2012

Keputusan Penuh Liga Super 17 April 2012, Kelantan vs T Team 2-1

Berikut adalah keputusan perlawanan Liga Super yang diadakan di beberapa venue malam ini:

Selangor         2     Johor FC      0

Negeri Sembilan  1     Terengganu    1

Perak            2     Sabah         2

Felda United     1     Kuala Lumpur  0

Sarawak          0     Kedah         2

T-Team           1     Kelantan      2

Lions XII        5     Selangor PKNS 0. sinarharian

-- Nurul Halimin Enggan Komen Jadi Isteri Kedua Sham Kamikaze
-- Rita Rudaini Terima SMS Cerai Drp Aidil Zafuan

Wednesday, March 28, 2012

Keputusan Piala FA 2012: Kelantan, Terengganu, Kedah Dan Sime Ke Separuh Akhir

Terengganu dan Kedah berjaya melangkah ke separuh akhir persaingan Piala FA 2012. Turut berjaya ke separuh akhir Kelantan dan Sime Darby.

Dalam perlawanan yang berlangsung malam tadi, Kedah mengatasi T-Team 2-1 manakala Terengganu dan Lions XIII terikat tanpa jaringan. Pada pusingan pertama, Terengganu mengatasi 1-0 di padang sendiri.

Dalam pada itu, Kelantan menjaringkan dua gol mengatasi SPA FC. Kelantan menang dengan aggregat 5-0.

Monday, March 12, 2012

Fasha Sandha Kahwin Jejai April

Khabar mengenai perkahwinan aktres Fasha Sandha bukan lagi rahsia buat peminat dan industri seni.

Sebelum ini, pelbagai spekulasi mengenai tarikh perkahwinan Fasha hangat diperkatakan dan terbaru, Fasha dikatakan bakal menamatkan zaman bujangnya 29 April ini bersama jejaka pilihannya, Toh Muda Rizal Ashram Ramli atau Jejai.

Tuesday, March 06, 2012

Gambar Bas Terbalik Di Genting Highlands Dua Maut

Kegembiraan sekumpulan 22 pelancong dari wilayah Punjab dan Jaipur, India bercuti di negara ini tidak berpanjangan apabila dua daripada ahli rombongan itu maut selepas bas persiaran yang mereka naiki terbalik ketika menuruni bukit di Genting Highlands semalam.

Kejadian pukul 8 pagi di satu selekoh di Kilometer 4.5, Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur itu mengakibatkan Anita-Aggarwal, 59, mati di tempat kejadian manakala Rajendra Kumar Agurwal, 67, disahkan mati sebaik tiba di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Saturday, January 21, 2012

Rita Mahu Jawab Surat Aidil Zafuan

Isu surat tuntutan yang diterima pelakon, Rita Rudaini Mokhtar daripada suaminya, Mohd. Aidil Zafuan Abdul Radzak baru-baru ini sebenarnya bukanlah mengenai spekulasi perceraian mereka tetapi ia sebaliknya melibatkan isu anak-anak mereka.

Peguam Syarie, Datuk Mohd. Zaidi Mohd. Zain yang ditemui di Mahkamah Syariah, semalam berkata, surat bertarikh 11 Januari lalu itu diterima Rita Rudaini, 36, kelmarin.

Wednesday, January 11, 2012

Zaquan Minta Rita Rudaini Tidak Sebar Fitnah

Bintang bola sepak kebangsaan, Zaquan Adha Abd Radzak menasihati kakak iparnya, pelakon Rita Rudaini Mokhtar agar tidak menyebarkan fitnah kononnya dia telah melakukan perkara tidak baik terhadap seorang wanita.

Zaquan berkata tuduhan yang ditulis dalam entri Twitter milik Rita itu adalah sebagai satu ugutan yang bertujuan untuk memalu serta menjatuhkan maruahnya sebagai orang yang dikenali.