my nuffnang

Pages

Thursday, December 26, 2013

Lana Nordin Tetap Teruskan Niat Ingin Berubah Jadi Muslimah Lebih Baik (Gambar)

Pelakon Lana Nordin yang sebelum ini meluahkan hasratnya ingin dibimbing menjadi muslimah yang lebih baik selepas mengenali aktor Johan As'ari, 27, tetap akan meneruskan niatnya itu walaupun mereka kini sudah putus cinta. Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nordin, 34, berkata, dia sebenarnya sudah berniat ingin berubah sebelum mengenali Johan lagi, dan isu putus cinta disifatkan bukan penghalang untuk meneruskan hasratnya itu.


"Sebenarnya saya mahu berubah ke jalan yang diredhai Allah sebelum mengenali Johan lagi dan saya beritahu hasrat itu kepada Lisdawaty (pelakon). "Jadi, apabila Johan bersungguh-sungguh mahu memperisterikan saya, terus saya anggap dialah yang akan membimbing saya. Tetapi apabila keadaan sudah berubah (putus cinta), saya tetap akan teruskan niat untuk menjadi muslimah yang baik," katanya.

Nabila Huda Temui Kekasih Baru (Gambar)

Pelakon Nabila Huda mendedahkan hatinya sudah pun dimiliki oleh seorang lelaki yang baharu dikenalinya sejak beberapa bulan lalu. Nabila atau nama sebenarnya Nabila Huda Suhaimi, 29, bagaimanapun berkata, dia enggan mengulas lanjut berhubung identiti lelaki tersebut memandangkan perkenalan mereka masih lagi baharu.


"Alhamdulillah, kehadirannya membuatkan saya cukup gembira. Kami masih lagi baru beberapa bulan menjalinkan hubungan. "Apa yang boleh saya katakan, dia adalah lelaki yang saya cari selama ini. Bagaimanapun saya tidak mahu cerita panjang siapakah lelaki yang dimaksudkan itu," katanya. Nabila ditemui pada majlis pelancaran drama Ariana Rose di Sri Pentas TV3, Bandar Utama pada Selasa.

Monday, December 02, 2013

Keputusan Penuh Anugerah Skrin ASK 2013

Senarai penuh pemenang Anugerah Skrin ASK 2013:

KATEGORI DRAMA

1. Drama Terbaik: Mawar Putih Tanda Perpisahan (Suhan Movies & Trading Sdn Bhd)‬
2. Pelakon Lelaki Terbaik: Wan Hanafi Su (Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman)‬
3. Pelakon Wanita Terbaik: Datin Paduka Umie Aida (Aku Bukan Malaikat)‬
4. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Hasnol Rahmat (Tunggu Sekejap)‬
5. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Izreen Azminda (Perempuan Itu Ibuku)‬
6. Pengarah Terbaik: Eirma Fatima (Aku Bukan Malaikat)‬
7. Videografi Terbaik: Mohd Faizal Mohd Ali (Mawar Putih Tanda Perpisahan)‬
8. Artis Harapan Pantene: Shasha Al Khred (Kawan)‬
9. Lakon TV Terbaik: Mazlan Manan (Mawar Putih Tanda Perpisahan)‬
10. Drama Rantaian Terbaik: Surat Dari Langit Biru (Rasbir Media Sdn Bhd)‬
11. Drama Komedi Terbaik: Mentua vs Mentua (Primeworks Studios)‬

Wednesday, November 20, 2013

Yasmin Hani Bersalin Anak Lelaki (Gambar)

Yasmin Hani selamat bersalin bayi lelaki pada 12 November lalu di Prince Court. Tapi Yasmin belum mendedahkan butiran lanjut mengenai anaknya kerana terikat dengan program Celebrity Maternity. Mungkin seperti anak Diana Danielle dan Farid Kamil, anak Yasmin akan muncul dalam rancangan khas tv tersebut.


Apapun, tahniah buat Yasmin Hani dan Shaarin dengan kehadiran ahli baru keluarga mereka itu. Pastinya kehidupan lebih ceria dan bahagia selepas ini.

--  Gambar Anak Erra Fazira Aleesya Yang Makin Comel
--  Ayah Buat Seks Dengan Anak Mesej Lucah Tiap Kali Isteri Tiada Di Rumah (Gambar)
--  Pelajar Cemerlang Buat Seks Dua Kali Di Rumah Nenek 

Tuesday, November 19, 2013

Kemalangan Di Km 257 PLUS Dekat Terowong Menora 1 Maut 7 Cedera (Gambar)

Seorang maut manakala tujuh yang lain cedera dalam kemalangan membabitkan dua treler dan dua kereta di Km 257.2 lebuhraya Utara-Selatan menghala Selatan berhampiran Terowong Menora di sini, Isnin.
Dalam kejadian pukul 4.30 petang itu, pemandu lori treler yang membawa muatan siling, M. Ukesparen, 31, disahkan mati di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).


Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar ACP Abdul Gaffar Muhamad ketika dihubungi berkata kejadian itu membabitkan treler berkenaan dengan sebuah lagi treler yang membawa muatan bitumen serta dua kereta masing-masing jenis Avanza dan Nissan Latio dengan kesemuanya dalam perjalanan menghala ke Selatan.

Monday, November 11, 2013

Azhael Tersingkir Konsert Separuh Akhir AF 2013 Gagal Ke Final (Gambar)

Kejutan pada peringkat separuh akhir program Akademi Fantasia 2013 (AF 2013) apabila peserta duo daripada Kuala Lumpur iaitu Mohd Azhar Osman dan Hal Husaini Azmi (Azhael) gagal mara ke peringkat akhir selepas mendapat undian terendah pada persembahan minggu kelapan yang diadakan di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil pada malam Ahad.


Azhael mendapat undian terendah sebanyak 15 peratus selepas menyampaikan dua buah lagu iaitu Kembali Merindu nyanyian asal kumpulan Slam dan Lelaki Ini (Anuar Zain). Pengumuman itu dibuat oleh 'Inspirer' minggu ini iaitu Datuk Siti Nurhaliza.

Penyingkiran Azhael sekaligus telah melayakkan lima finalis lain iaituNadia Amira Othman (Amira), Nur Nabila Mohd Razali (Nabila), Siti Ruhilah Hussien (Indah), Nur Aishah Aziz (Aishah) dan Mohd Faizul Sani (Faizul) mara ke peringkat akhir yang bakal diadakan di Stadium Negara pada 17 November depan.

Azhael ketika ditemui memberitahu walaupun sedih tidak dapat mara ke peringkat akhir namun redha dengan keputusan yang dibuat oleh pengundi dan menganggap rezeki tidak memihak kepadanya. "Ini bukan pengakhiran buat kami tetapi permulaan dan kami akan teruskan karier nyanyian selepas ini," ujarnya. Tiga pengkritik tetap AF 2013 terdiri daripada komposer Roslan Aziz, Pelakon Sharifah Amani dan Penyanyi dan komposer Edry KRU. mstar

-- Ahmad Busu Pi Mai Pi Mai Tang Tu Meninggal Dunia Akibat Strok (Gambar)
-- Datuk Bukhari Che Muda Meninggal Dunia CEO TV Al Hijrah (Gambar)
-- Polis Dihukum Buat Seks Oral Pelajar Tingkatan Tiga (Gambar)

Saturday, November 09, 2013

Perkahwinan Intan Azura Dan Wan Rashdan (Gambar)

Intan Azura pelakon drama popular satu ketika dulu yang menceburi bidang lakonan bermula dengan kumpulan M'steen. Seangkatan dengan kumpulan muzik seperti Res 2 dan Feminin. Terkini Intan Azura telah melangsungkan perkahwinan dengan Wan Rashdan merupakan seorang pengurus kilang.


Tahniah buat Intan Azura dan Wan Rashdan, semoga kekal dan bahagia selamanya.

-- Aien Kembar Ekin Mawi Bersalin Anak Kembar (Gambar)
-- Polis Dihukum Buat Seks Oral Pelajar Tingkatan Tiga (Gambar)
-- Pernikahan Ezani Masterchef Dan Dr Azrai (Gambar) 

Friday, November 08, 2013

Toyota Estima Previa Harga Spesifikasi Warna Dan 3 Tahun Waranti (Gambar)

UMW Toyota akan membawa masuk secara rasmi Toyota Estima ke Malaysia, denga RM270,000 sebagai tanda harga untuk model tersebut termasuk insurans dengan tiga tahun jaminan waranti, sungguhpun model MPV tersebut masih belum lagi dilancarkan secara rasmi. Untuk model ini, UMW Toyota memilih untuk menggunakan nama Toyota Previa di Malaysia, tujuannya untuk membezakan model mereka dari model-model Estima yang boleh didapati di kedai-kedai recon atau pengimport kereta yang memiliki AP.


Nama Toyota Previa turut diguna pakai di pasaran seperti Hong Kong. Di negara kelahiranya, masih dikenali sebagai Estima, dan di Australia, dikenali sebagai Tarago. Hanya satu varian yang akan ditawarkan UMW Toyota; menggunakan enjin 2.4 liter 2AZ-FE seperti yang terdapat di dalam model Camry, menjana 170PS dan 224Nm tork, serta digabungkan dengan transmisi Super CVT-I dengan tujuh kelajuan. ACR50 Previa mempunyai konfigurasi susunan 2-2-3, tujuh tempat duduk, dengan “captain seats” untuk tempat duduk barisan tengah. Tempat duduk jenis fabrik ditawarkan.

Ciri-ciri lain yang turut ditawarkan untuk model ini antaranya, termasuklah pintu jenis gelongsor (sliding doors) untuk kedua-dua belah pintu sisi belakang, lampu hadapan HID dengan sistem penyesuaian lampu hadapan (adaptive front lighting system) yang mana satu sistem lampu yang mengikut arah stereng dipusing, sistem audio 2-DIN CD/MP3 dengan enam pembesar suara. EBD ditawarkan namun tiada disenaraikan kawalan kestabilan S-VSC, dan hanya dua beg udara ditawarkan (kebanyakan pesaing mempunyai tujuh beg udara termasuklah kawalan kestabilan VSC).

Model in boleh didapati dalam enam pilihan warna; White Pearl CS, Super White II, Silver Metallic, Black, Ice Titanium Mica Metallic dan Silky Gold Mica Metallic.

Setakat ini, untuk pengeluar dari Jepun, cuma Mazda yang menawarkan model di dalam segmen yang sama – Mazda 8, di samping Volkswagen yang menawarkan Sharan. Honda Malaysia juga mempunyai rancangan untuk membawa masuk MPV. arenakereta

-- Love You Mr Arrogant Episod Akhir Sinopsis
-- Rozita Che Wan Bercuti Di Paris (Gambar)
-- Polis Dihukum Buat Seks Oral Pelajar Tingkatan Tiga (Gambar)
-- Honda Accord Ganti Perdana Kereta Rasmi Kerajaan PRM (Gambar)

Thursday, October 24, 2013

Rozita Che Wan Bercuti Di London (Gambar)

Rozita Che Wan bercuti di London bersama adiknya Ayu Raudhah ditemani anak dan suaminya. Nampak sungguh happening dan gembiranya Che Ta berada di kota London itu. Beberapa gambar Che Ta dikongsikan bersama di internet.


Posing sakan Che Ta ya.

-- Pegawai Bank Norazita Abu Talib Mati Ditembak Guard Merompak (Gambar)
-- Gadis 15 Tahun Dibunuh Selepas Gagal Dirogol (Gambar)
-- Rozita Che Wan Pakai Baju Ketat Jaga Badan (Gambar)

Monday, October 07, 2013

Marion Caunter Sarat Mengandung Anak Kedua Tetap Jelita (Gambar)

Marion Caunter isteri SM Nasarudin kini sarat mengandung anak kedua. Leia Rose Caunter anak pertama mereka juga semakin membesar.


Mereka pastinya bertambah ceria dan bahagia dengan kehadiran ahli baru keluarga mereka itu nanti.

-- Leuniey Natasha Mengandung 5 Bulan Makin Berseri (Gambar)
-- (Gambar) Pernikahan Marion Rose Caunter dan SM Nasarudin SM Nasimuddin
-- Polis Dihukum Buat Seks Oral Pelajar Tingkatan Tiga (Gambar)

Thursday, September 19, 2013

Rozita Che Wan Pakai Baju Ketat Jaga Badan (Gambar)

Pelakon Rozita Che Wan mengakui langkahnya memakai pakaian ketat sehingga menampakkan bentuk badan adalah salah satu cara untuk memudahkan dia menjaga berat badan. Rozita atau lebih senang disapa Che Ta, 40, berkata, memakai pakaian sedemikian dapat membantunya mengekalkan berat badan di mana lebih mudah untuk dia mengesan berat badannya naik jika baju yang dipakai itu tidak muat.


"Sebenarnya dari dahulu lagi saya suka memakai baju-baju yang mengikut tubuh badan. Memakai baju-baju ketat dapat memudahkan kita kesan kegemukan kita. "Dan bila kita pakai baju ketat, ia sekali gus membuatkan kita berdisiplin dalam pemakanan dan hanya memakan makanan dalam jumlah sedikit agar perut tidak nampak menggelebeh ," katanya kepada mStar Online.

Tambah Rozita, walaupun dia dilihat sebagai seorang yang begitu peka dalam soal pemakanan, namun dia tidak pernah mengehadkan jenis makanan yang boleh dimakan, cuma amaun yang dimakan sahaja yang dikurangkan. Sementara itu, Rozita memberitahu, walaupun ramai yang melihatnya sebagai wanita yang rajin berhias, namun dia bukanlah seorang yang gemar mengikut trend fesyen terkini.

"Memang saya tak ikut trend kerana ada jenis-jenis fesyen yang tidak bersesuaian dengan diri saya. "Seperti sekarang, ramai yang menyukai baju jenis ‘peplum’ tetapi bukan saya kerana ia langsung tidak bersesuaian dengan diri saya yang memiliki badan pendek tetapi kaki yang panjang. "Bagi saya, tidak perlu nak terlalu mengikut trend sehingga menjejaskan penampilan diri," tuturnya. mstar

-- Anne Ngasri Bersalin Anak Lelaki 3.4kg (Gambar)
-- Hanez Suraya Dipeluk Lelaki Sekadar Kawan Rapat (Gambar)
-- Polis Dihukum Buat Seks Oral Pelajar Tingkatan Tiga (Gambar)

Wednesday, September 18, 2013

Keputusan Piala Malaysia Terkini Kelantan vs Terengganu Pahang vs N Sembilan

Piala Malaysia bersambung selepas berehat untuk memberi laluan kepada Pestabola Merdeka 2013. Perlawanan Piala Malaysia berlangsung di beberapa venue pada 17.9.13 menyaksikan jaringan gol yang agak banyak dihasilkan pasukan bernama besar seperti Kelantan menang 3-1 Terengganu, JDT 4-1 Felda United, Pahang 3-0 Negeri Sembilan.

PKNS belasah T Team 5-0, ATM 1-1 Selangor, Perak 0-1 Kedah, Johor 2-2 Sime Darby.

Thursday, September 12, 2013

Keputusan Malaysia vs Thailand Pestabola Merdeka Final Lawan Myanmar (Gambar)

Malaysia Harimau Muda menang bergaya mengalahkan Thailand 3-0 dalam perlawanan Pestabola Merdeka di Kuantan. Malaysia yg telah layak ke final mengekalkan momentum kemenangan dengan permainan yang teratur dan penyudah yang kemas. Gol Malaysia dijaringkan oleh Mohammad Nasir Basharuddin minit ke 12. Rozaimi Abdul Rahman menjaringkan gol kedua Malaysia pada minit 28 dan turut menambah gol ketiga pada minit ke 80.


Malaysia akan bertemu Myanmar di final Pestabola Merdeka dan diharapkan mengulangi rentak kemenangan ke atas Myanmar.

-- Anne Ngasri Bersalin Anak Lelaki 3.4kg (Gambar)
-- Persandingan Abby Abadi Dan Farhan (Gambar)
-- Polis Dihukum Buat Seks Oral Pelajar Tingkatan Tiga (Gambar)

Tuesday, September 10, 2013

Awas Penyegar Udara Berbahaya

Penyegar udara yang sering diletakkan di dalam kereta kita ataupun di rumah mungkin berbau nyaman tetapi ia boleh mendatangkan kemudaratan tanpa kita sedari. Enam produk penyegar udara yang biasa digunakan yang ditemui di pasar raya dan kedai di seluruh negara telah diuji oleh sekumpulan pengguna, mengandungi empat bahan kimia berbahaya iaitu - toluena, benzena, formaldehid dan phthalates.


Kesemua produk didapati mengandungi salah satu daripada bahan kimia terbabit pada paras tertinggi dengan phthalates - bahan mengganggu sistem endokrin (EDS) - terkandung dalam empat daripada enam produk tersebut. Pendedahan dalam tempoh yang lama kepada EDS boleh menjejaskan sistem imun dan otak.

Tuesday, July 30, 2013

Polis Dihukum Buat Seks Oral Pelajar Tingkatan Tiga (Gambar)

Seorang pegawai polis peronda menerima padah apabila mahkamah sesyen semalam menjatuhkan hukuman penjara 14 tahun dan 10 sebatan ke atasnya kerana mencabul dan melakukan seks oral terhadap seorang pelajar tingkatan tiga empat tahun lalu. Hukuman diputuskan Hakim Azman Mustapha terhadap Ishak Mahmud, 49, yang juga pegawai  berpangkat Cif Inspektor bertugas di sebuah balai di Pasir Puteh selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.


Mengikut pertuduhan pertama, Ishak didakwa melakukan persetubuhan luar tabii tanpa kerelaan mangsa di dalam sebuah kereta peronda polis di  Kampung Air Terjun, Pasir Puteh jam 2 pagi, 2 Oktober 2009. Mengikut pertuduhan kedua, Ishak pada tarikh dan waktu yang sama didakwa menggunakan kekerasan  jenayah dengan niat hendak mencabul  kehormatan mangsa. Bagaimanapun hukuman pemenjaraan diarahkan berjalan serentak bagi pertuduhan pertama dan kedua.

Timbalan Pendakwa Raya negeri, Intan Nor Hilwani Mat Rifin meminta mahkamah mengambil kira faktor kedua-dua kesalahan yang dilakukan tertuduh amat serius. “Sepatutnya sebagai seorang polis menjadi pelindung. Saya memohon  mahkamah ambil kira kesan trauma yang dialami pengadu sebelum membuat keputusan,” katanya.

Peguam tertuduh, Datuk Mohd Shukri Mohamad meminta mahkamah  untuk penangguhan hukuman bagi membolehkan rayuan di Mahkamah Tinggi. Azman membenarkannya jaminan RM15,000 dengan syarat dijamin isterinya. sinarharian

-- Guru Dirogol Rakan Sekerja Di Rumahnya Di Sabak Bernam
-- Budak 14 Tahun Dirogol Bergilir Gilir 8 Lelaki (Gambar)
-- Wanita Dilarikan Ke Indonesia Hampir Sebulan Nur Idayu Aziz (Gambar)

Wednesday, July 24, 2013

Kate Middleton Bersalin Anak Lelaki 3.8kg Lepas 10jam (Gambar)

Kate Middleton selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.8kg di Hospital St Mary Paddington London. Putera William dan Duchess Of Cambridge itu dilaporkan bergerak ke hospital pada menjelang subuh dan selamat bersalin pada pukul 4.24petang.


Putera William juga dilahirkan ibunya Puteri Diana di hospital tersebut pada tahun 1982 lalu. Kate dan William bersama bayi mereka akan keluar hospital dan bergerak ke Istana Kensington hari ni.

Kelahiran bayi lelaki itu yang juga merupakan pewaris takhta ke 3 pastinya disambut gembira rakyat Britain.

-- Mayat Diikat Tangan dan Kaki Pada Tangga Di Padang Sidin Perlis (Gambar)
-- Wanita Dilarikan Ke Indonesia Hampir Sebulan Nur Idayu Aziz (Gambar)
-- Polis Putus Kaki Dilanggar Stabil (Gambar)

Thursday, July 18, 2013

Wanita Dilarikan Ke Indonesia Hampir Sebulan Nur Idayu Aziz (Gambar)

Ibu tiga anak, Nur Idayu Aziz 34, yang dipercayai dilarikan sekumpulan warga Indonesia ke Jawa Timur hampir sebulan lalu, berjaya dibawa pulang ke pangkuan keluarga oleh Kelab Putera 1Malaysia (KP1M).


Presiden KP1M, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, yang menyambut ketibaan wanita itu bersama suaminya, Mohd Riduan Abdul Razak, 34, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam, mengucapkan terima kasih kepada semua pihak terlibat dalam menjayakan misi diketuai Setiausaha Agung KP1M, Abdul Khalid Chairul seminggu lalu.

Beliau berkata, wanita malang itu berjaya dikesan minggu lalu, disembunyikan di sebuah rumah di kawasan pedalaman Rambipuji di daerah Jember, kira-kira enam jam perjalanan dari Surabaya. “Ketika kami jumpa dia, keadaannya seperti tidak sedarkan diri malah langsung tidak mengenali suaminya dan kita mengambil masa tiga hari untuk mengubati dia dengan menggunakan kaedah rawatan Islam. “Sekarang keadaannya bertambah baik, biarpun tidak pulih sepenuhnya, kita dimaklumkan dia didakwa terkena ilmu hitam yang dilakukan oleh penculiknya,” katanya.

Menurutnya, misi menyelamat itu merupakan inisiatif Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahu Nur Idayu dibawa pulang dengan selamat ke pangkuan keluarganya. Nur Idayu mengucapkan terima kasih kepada pihak membantunya. sinarharian

-- Budak Mati Tersepit Lif Di Perumahan Awam Desa Tun Razak (Gambar)
-- Guru Dirogol Rakan Sekerja Di Rumahnya Di Sabak Bernam
-- Izzue Islam Mahu Segera Dapat Anak (Gambar)

Wednesday, July 03, 2013

Natasha Hudson Tukar Nama Anak Naeema Kalila (Gambar)

Natasha Hudson selamat melahirkan bayi perempuan pada 22 April lalu. Bayi tersebut merupakan anak hasil perkahwinan bersama Carleed Khaza dan mereka telah sepakat menamakan bayi comel itu, Naeema Taqiyyah yang membawa maksud keberkatan, ketenangan, soleh dan bertakwa.


Namun, setelah merujuk nama berkenaan kepada ulama dan mufti, Taqiyyah turut membawa maksud lain yang kurang bersesuaian. Bukan itu sahaja, malah peminat yang mengikuti perkembangan Natasha dan anaknya di laman Instagram turut bertanyakan makna nama anak kedua Natasha itu. Melalui laman berkenaan, Natasha atau nama sebenarnya, Natasha Liana Hudson, 31, menjelaskan perkara itu telah dirujuk kepada pihak ulama dan dia telah menukar nama anaknya itu kepada Naeema Kalila.

"Saya tidak tahu yang Taqiyyah turut membawa makna pengikut ajaran Syiah sehinggalah saya menyertai majlis usrah. "Setelah bertanya mengenai perkara itu, saya dan suami bersetuju menukar namanya dengan makna lebih baik. "Dalam Bahasa Arab, Taqiyyah merujuk kepada perkataan bertakwa. Namun, kami tidak mahu ia mengundang salah faham dan kekeliruan pada masa akan datang. Jadi, ialah ditukar kepada Naeema Kalila," katanya.

Naeema Kalila adalah cahaya mata pertama Natasha bersama Carleed setelah mereka berkahwin pada April 2012 lalu. Ia merupakan perkahwinan ketiga buat Natasha. Hasil perkahwinan terdahulu, pelakon filem Langgar ini dikurniakan seorang anak perempuan, Nessa Helena, 5. sinarharian

-- Diana Danielle Bersalin Anak Lelaki 4.3kg (Gambar)
-- Cinta Jangan Pergi Episod Akhir Sinopsis
-- (Gambar) Fasha Sandha Berbikini Di Bali.. Phewiittt!!!!!

Friday, June 28, 2013

Keputusan Sepanyol vs Itali Separuh Akhir Piala Konfederasi (Gambar)

Sepanyol layak ke final Piala Konfederasi 2013 bertemu Brazil selepas menewaskan Itali dalam perlawanan separuh akhir yang sengit. Perlawanan Sepanyol vs Itali yang dibarisi ramai bintang bolasepak dunia terpaksa ditentukan melalui sepakan penalti.


Kedua dua pasukan menghasilkan banyak peluang di depan gol tetapi gagal disudahkan dengan baik. Leonardo Bonucci mengambil sepakan penalti ke 13 dalam perlawanan ini untuk Itali namun gagal menyempurnakannya menyebabkan Itali tersingkir dari persaingan akhir.

Jesus Navas mengambil sepakan penalti yang membawa Sepanyol ke final Piala Konfederasi melawan Brazil. Keputusan penuh perlawanan Sepanyol 7-6 Itali.

-- Keputusan Brazil vs Uruguay Separuh Akhir Piala Konfederasi (Gambar)
-- Guru Dirogol Rakan Sekerja Di Rumahnya Di Sabak Bernam
-- Sarawak Alami Gangguan Elektrik (Gambar) 

Thursday, June 27, 2013

Ibu Siti Sarah Meninggal Dunia (Gambar)

Ibu penyanyi Siti Sarah Raisuddin iaitu Nur Aini Mohamad 56 meninggal dunia di Hospital Ampang pada pukul 6.36 pagi Rabu. Menurut Sarah 30, ibunya meninggal dunia akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuk kegagalan buah pinggang, kencing manis dan darah tinggi.


"Arwah ibu dah mula sakit serius sejak Oktober tahun lalu dan sering kali keluar masuk hospital. Siapa tak sedih bila ibu kita dah pergi. Saya hanya kena redha dengan ketentuan takdir," katanya. Nur Aini isteri kepada Raisuddin Hamzah sebelum ini pernah bekerja di Tenaga Nasional Berhad TNB sebelum bersara akibat penyakit berkenaan.

-- (Gambar) Cutenya Siti Sarah Mengandung
-- Ashraf Muslim Kahwin Lain? Betul Ke?
-- Izzue Islam Mahu Segera Dapat Anak (Gambar)

Thursday, June 20, 2013

Piala Konfederasi Itali vs Jepun, Menang 4-3 Itali Ke Suku Akhir (Gambar)

Keputusan Piala Konfederasi Itali vs Jepun menyaksikan 7 gol menarik dihasilkan dengan Itali menang 4-3 Jepun dan seterusnya layak ke suku akhir. Jepun mendahului 2-0 di separuh masa pertama bagaimanapun terpaksa akur dengan 4 gol Itali pada separuh masa kedua termasuk di penghujung perlawanan minit ke 86.



Gol Jepun dijaringkan oleh Honda 21 pen, Shinji Kagawa 33 dan Shinji Okazaki 69. Itali pula memperoleh gol menerusi De Rossi 41, Uchida 50 og, Balotelli 52 pen dan Giovinco 86.

Perlawanan Brazil vs Mexico berkesudahan Brazil menang 2-0 Mexico menampakkan kelincahan Neymar dengan jaringan gol pertama dan gol kedua pula hasil umpanannya.

-- Pelajar Malaysia Di Jordan Kemalangan Jatuh Gaung Sumaiyah Romli Mati 4 Cedera (Gambar)
-- (Gambar) Fasha Sandha Berbikini Di Bali.. Phewiittt!!!!!
-- Izzue Islam Mahu Segera Dapat Anak (Gambar)

Monday, June 03, 2013

Izzue Islam Mahu Segera Dapat Anak (Gambar)

Pelakon dan anggota kumpulan Forteen, Izzue Islam mahu sudah bersedia untuk bergelar bapa dan berharap akan dikurniakan cahaya mata dalam masa terdekat. Izzue atau nama sebenarnya Muhammadd Izzul Islam Mazlan, 23, berkata, walaupun usianya masih muda dia yakin dapat menjadi seorang bapa yang baik dan kehadiran anak itu akan mematangkannya sebagai seorang lelaki.


 "Jika rezeki diberi awal memang saya mahu segera mempunyai anak dan sudah bersedia untuk bergelar seorang bapa tambahan pula anak itu nanti akan memberi berkat dan menyerikan rumah tangga kami" ujarnya kepada mStar Online. Pada Ahad lalu, Izzue selamat bergelar suami kepada pengurusnya sendiri iaitu Nurinafilah Waharudin apabila kedua-dua mereka diijabkabulkan dengan sekali lafaz.

Sunday, June 02, 2013

JDT Tewas 1-2 Pahang Tapi Layak Ke Final Piala FA Bertemu Kelantan (Gambar)

Johor Darul Takzim (Johor DT) layak ke perlawanan akhir Piala FA 2013 walaupun kalah 1-2 kepada Pahang pada perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam Sabtu. Johor DT menang 1-0 pada aksi separuh akhir pertama di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, pada 25 Mei lepas untuk menjadikan keputusan agregat 2-2. Mereka layak ke final berdasarkan peraturan gol di tempat lawan.


Penjaring: Pahang: Matias Ruben Conti (minit kedua, 40) Johor Darul Takzim: Andrezinho (minit ke-48).

Barisan Pemain:
Pahang: Mohd Khairul Azhan Mohd Khalid, Jalaluddin Jaafar (Mohd Saiful Nizam Miswan), Damian Delano Stewart, Amirul Hadi Zainal (Azidan Sarudin), R. Surendren, Matias Ruben Conti, Azamudin Mohd Akil, Mohd Razman Roslan, Mohd Shahrizan Ismail, Mohd Hafiz Kamal, R. Gopinathan (Mohd Fauzi Rozlan).

Johor DT: Muhd Al-Hafiz Hamzah, Irfan Abdul Ghani (K. Thanaraj), Kamarul Afiq Kamarudin, Mohamad Aidil Zafuan Abdul Radzak, Andrezinho, Mohd Nurul Azwan Roya, Ahmad Ezrie Shafizie, Mohd Nazri Ahmad (Safiq Rahim), Jasazrin Jamaluddin, Norshahrul Idlan Talaha, Leonel Nunez (Mohd Safee Sali).
Pengadil: Syed Azhar Syed Kamar.

-- Tragedi Bot Ekspres Karam Di Sungai Rajang Mayat Tujok Lah Ditemui (Gambar)
-- Uqasha Senrose Dan Pekin Bercuti Di Phuket (Gambar)

Tuesday, April 02, 2013

Uqasha Senrose Dan Pekin Bercuti Di Phuket (Gambar)

Pelakon Uqasha Senrose atau nama sebenar Nik Zaris Uqasha Senrose Nik Sen dan keluarganya bercuti di Phuket ditemani bersama Pekin Ibrahim. Beberapa gambar percutian tersebut dimuatkan di Instagram milik Pekin.


Nellydia Senrose yang popular menerusi drama Setia Hujung Nyawa juga turut serta dalam percutian itu dan Qi Razali juga ada bersama. mstar.


Uqasha Senrose dan Nellydia adalah adik beradik. Uqasha melepaskan kerjaya pramugari demi menumpukan perhatian dalam bidang lakonan.

-- Putus Kepala Kemalangan Ngeri Di MRR2 (Gambar)
-- Anak Ning Baizura Ryan Sky Dalton (Gambar)

Monday, March 18, 2013

Puteri Sarah Sedia Bertudung Bukan Sebab Putus Cinta (Gambar)

Pelakon Puteri Sarah sedang dalam proses menyiapkan diri untuk menjadi insan yang lebih baik berbanding sebelum ini. Puteri Sarah, 28, berkata, dia kini dalam proses percubaan memakai tudung dan berazam untuk berimej tersebut dalam tempoh terdekat.


"Tahun lepas saya banyak berlakon watak yang memakai tudung, dari situ hati saya terdetik untuk terus bertudung. "Buat masa ini ada lagi drama-drama yang saya berlakon tidak memakai tudung, cuma kalau keluar rumah saya kini lebih selesa mengenakan selendang," katanya kepada mStar Online.

Saturday, March 16, 2013

Penyiasat Persendirian PI Bala Meninggal Dunia

Bekas penyiasat persendirian P. Balasubramaniam atau lebih dikenali sebagai PI Bala, meninggal dunia akibat serangan jantung di sebuah klinik di Rawang pada Jumaat. Ahli Parlimen Subang R. Sivarasa, yang juga Anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR memaklumkan, Balasubramaniam mengalami masalah pernafasan dan meninggal dunia pada 1.40 petang.


Mendiang sepatutnya dalam perjalanan ke Hospital Sungai Buloh dari rumahnya di Rawang pada kira-kira 1.30 petang ini, katanya. Beliau berkata Balasubramaniam yang baru sahaja pulang ke negara ini dari India, mengalami masalah jantung dan dimasukkan ke Subang Jaya Medical Centre (SJMC) mingggu lepas.

Mendiang dijangka menjalani pembedahan pintasan jantung dalam tempoh tiga minggu dan dibenarkan keluar dari hospital itu Selasa lepas. mstar

-- Kenaikan Gaji Kakitangan Awam Mulai 1 Julai 2013
-- Ibu Catriona Ross Maut Nahas Kereta - Bas Di Gerik (Gambar)

Saturday, February 16, 2013

Meteor Jatuh Di Russia Lebih 900 Cedera

Meteor dari angkasa menimpa Rusia pagi tadi (waktu tempatan) menyebabkan bola api, yang mengejutkan ramai, dan mencederakan lebih 900 orang Di Chelyabinsk, wilayah Ural, timur Moscow, pagi tadi waktu tempatan.


Jurucakap pihak berkuasa Chelyabinsk berkata, sembilan orang dimasukkan ke hospital. Kebanyakan cedera disebabkan terkena kaca yang pecah. Agensi berita tempatan, RIA Novosti melaporkan, sekurang-kurangnya tiga lagi kritikal, juga akibat terkena kaca pecah dalam kejadian kira-kira jam 9.20 pagi.

Thursday, February 14, 2013

Tunjuk Isyarat Lucah Kepada Raja Permaisuri Agong Akibatnya Dijel Denda RM8 Ribu (Gambar)

Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara sebulan dan didenda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan menunjukkan isyarat lucah kepada Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah dan anggota polis, Isnin lepas.


Leong Pei Koe, 29, seorang juruukur bahan, didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah ketika kenderaan rasmi baginda melalui balai pelepasan Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, dekat sini pada pukul 11.50 pagi kelmarin.

Thursday, January 31, 2013

Ayu Raudhah Mengandung (Gambar)

Ayu Raudhah mengandung kali kedua selepas kandungan kali pertama mengalami keguguran. Nampaknya proses kehamilan kali ini berjalan lancar kerana sudah melepasi kira kira 7 bulan. Semoga segalanya lancar untuk Ayu Raudhah dan suaminya Zakuan Adha. Jom tengok gambar dorang.


Sweet couple kan.

-- Irma Hasmie Mengandung 5 Bulan (Gambar)
-- Fasha Sandha Mengandung (Gambar)
-- Video Dan Gambar Majlis Perkahwinan Nur Nadia SM Nasimuddin - Idaman Gadis

Tuesday, January 29, 2013

Aidil Zafuan Tuntut Nazmi Faiz Mohon Maaf Isu Tengku Fiella

Pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan Abd. Radzak menuntut bintang bola sepak kelab SC Beira-Mar Portugal, Mohd. Nazmi Faiz Mansor membuat permohonan maaf secara terbuka kerana menuduhnya menjalinkan hubungan sulit dengan bekas teman wanitanya, Tengku Fiella.


Aidil, 25, yang juga pemain bola sepak pasukan negeri Johor berkata, tuduhan Mohd Nazmi, 19, yang dibuat menerusi Twitter miliknya itu telah memburukkan lagi keadaan Aidil yang masih berhadapan masalah rumah tangga dengan pelakon Rita Rudaini.

Saturday, January 19, 2013

Persandingan Ummi Hafilda Dan Dr Zaman Khan Di PWTC (Gambar)

Majlis resepsi persandingan Ummi Hafilda Ali, 45 dengan Dr Zaman Khan, 33, berlangsung meriah dengan dihadiri kira-kira 800 orang jemputan termasuk perdana menteri dan isteri. Mengangkat tema 'Syurga Khayalan', pelamin indah menjadi penyeri Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada hari bersejarah pasangan mempelai ini.


Dewan bertambah berseri apabila Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor turut hadir meraikan hari bahagia pasangan ini. Najib yang berpakaian warna sedondon dengan isterinya tiba di dewan tepat pukul 8.40 malam dan diberi penghormatan oleh hadirin. Suasana dewan bertukar kepada 'mood' romantis tatkala pasangan mempelai melangkah masuk ke dalam dewan sambil diiringi alunan lagu 'Hero' dendangan Mariah Carey.

Maharaja Lawak Mega Final Jozan Video Jom Tengok

Jozan telah dinobatkan sebagai JUARA Maharaja Lawak Mega 2012 dengan mengatasi kumpulan Jambu, Shiro, Boboi dan Saywho. Juara mendapat hadiah wang tunai RM500 ribu dan hadiah sampingan sumbangan Astro. Jom tengok video persembahan JOZAN final Maharaja Lawak Mega 2012 tu.


Klik yang bawah ni ya.


Tahniah untuk mereka.

-- Perodua Panggil Balik Semua Myvi Baru Ganti Lajur Stereng EPS
-- Video Jozan Maharaja Lawak Final 24 Jun 2011
-- Love You Mr Arrogant Episod Akhir Sinopsis

Wednesday, January 16, 2013

Fasha Sandha Mengandung (Gambar)

Eira Syahira telah selamat melahirkan bayinya, seterusnya Fasha Sandha, Irma Hasmie dan Faezah Elai pula menunggu detik bergelar ibu. Jom tengok gambar terbaru Fasha Sandha sedang sarat mengandung ini.


Mesti bakal bayinya pun comel macam ibunya nanti kan.

-- Irma Hasmie Mengandung 5 Bulan (Gambar)
-- (Gambar) Cutenya Siti Sarah Mengandung

Listen Listen Let Me Speak Bawani vs Sharifah Zohra (Video)

Hari ni memang heboh perkataan Listen Listen Listen dan Let Me Speak ni. Puncanya dari video ni yang menjadi sumber trending di facebook juga youtube. Siap ada lagu parodi beb.  Boleh kata kebanyakan status update di fb gunakan perkataan Listen Listen Listen ni. Lawak pun ada..hehe. Jom tengok apa yang menarik mengenai video ni.


Camne, ok tak?

-- Aaron Aziz Dukung Adira Di AJL 27 (Gambar)
-- Himpunan Kebangkitan Rakyat KL 112 Stadium Merdeka (Gambar)

Tuesday, January 15, 2013

Datuk Siti Nurhaliza Bertudung Litup Di Ulang Tahun Kelahiran Ke 34 (Gambar)

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin memberitahu keputusannya untuk bertudung litup mendapat sokongan daripada suaminya, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa.

Siti berkata, suaminya benar-benar gembira selepas beliau terbuka hati untuk melakukan kewajipan sebagai Muslimah iaitu menutup rambut sepenuhnya ketika menyambut ulang tahun kelahiran yang ke 34 pada 11 Januari lalu.

"Suami saya adalah antara yang sangat gembira dengan peralihan imej Siti dan boleh dikatakan dia juga merupakan tunggak yang banyak menyokong kepada perubahan ini. "Bagi Siti, ia adalah satu keikhlasan yang datang daripada diri dan berharap agar imej ini kekal sampai bila-bila,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Isnin.

Tambah Siti, dia juga menganggap perubahan yang dilakukan ini berkat daripada doa daripada dirinya sendiri, keluarga serta peminat apatah lagi selepas beliau mengerjakan haji sebelum ini.