

Han, 24, berkata, dia terkejut dengan semangat Tasha yang turut berada di gelanggang sepanjang perlawanan itu berlangsung. "Ia adalah pertama kali saya menyertai MIMMA kerana sebelum ini saya hanya fokus kepada Muay Thai sahaja tetapi kehadiran Tasha sangat bermakna buat saya kerana saya menjadi lebih yakin untuk bertarung. "Dari jauh saya dengar suaranya memberikan kata-kata semangat dan kehadirannya membantu saya untuk memenangi pertandingan itu," katanya.