Tersentak dengan jaringan pembukaan itu, City terus mengasak namun Sunderland berjaya mengekalkan kedudukan, mendahului perlawanan 1-0 sehingga tamat babak pertama. Pun begitu, kegembiraan Sunderland tidak kekal lama di separuh masa kedua apabila Yaya Toure muncul melakukan rembatan deras di luar kotak penalti untuk menyamakan kedudukan 1-1 di minit ke-55.
Seminit kemudian (M56), Man City berjaya menambah jaringan, kali ini menerusi Samir Nasri selepas pemain itu melakukan rembatan mengelirukan untuk menewaskan penjaga gol lawan. Kelekaaan pertahanan Sunderland terus dihukum dan membenarkan Man City berada di kedudukan selesa selepas Jesus Navas Gonzalez menyumbang gol ketiga hasil rembatan derasnya.
Kekalahan itu sekaligus memusnahkan harapan Sunderland untuk memburu piala major pertamanya sejak kali terakhir memenangi Piala FA pada 1973.
-- Rozita Che Wan Mengandung? Zain Saidin Berdebar (Gambar)
-- (Gambar) Erra Fazira Dpt Hadiah LV Sempena Anniversary
-- Ammar Percaya Ibu Bapanya Akan Didapati Bersalah Dan Dipenjarakan Di Sweden (Gambar)
-- Rozita Che Wan Pakai Baju Ketat Jaga Badan (Gambar)