Setelah sekian lama mengharungi konflik dalam rumah tangga, akhirnya
pengacara Jimmy Shanley Norjahan Salleh dan isterinya Nursuhaila Eliani
Suhaimy bercerai talak satu secara khuluk atau tebus talak dengan
bayaran RM1.
Lafaz cerai (khuluk) itu dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Abd Halim
Abu Samah di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Rabu selepas pasangan
berkenaan bersetuju untuk menamatkan rumah tangga masing-masing.