Ibu tiga anak, Nur Idayu Aziz 34, yang dipercayai dilarikan sekumpulan
warga Indonesia ke Jawa Timur hampir sebulan lalu, berjaya dibawa pulang
ke pangkuan keluarga oleh Kelab Putera 1Malaysia (KP1M).
Presiden KP1M, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, yang menyambut ketibaan
wanita itu bersama suaminya, Mohd Riduan Abdul Razak, 34, di Lapangan
Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam, mengucapkan terima
kasih kepada semua pihak terlibat dalam menjayakan misi diketuai
Setiausaha Agung KP1M, Abdul Khalid Chairul seminggu lalu.
Beliau berkata, wanita malang itu berjaya dikesan minggu lalu,
disembunyikan di sebuah rumah di kawasan pedalaman Rambipuji di daerah
Jember, kira-kira enam jam perjalanan dari Surabaya. “Ketika kami jumpa dia, keadaannya seperti tidak sedarkan diri malah
langsung tidak mengenali suaminya dan kita mengambil masa tiga hari
untuk mengubati dia dengan menggunakan kaedah rawatan Islam. “Sekarang keadaannya bertambah baik, biarpun tidak pulih sepenuhnya,
kita dimaklumkan dia didakwa terkena ilmu hitam yang dilakukan oleh
penculiknya,” katanya.
Menurutnya, misi menyelamat itu merupakan inisiatif Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahu Nur Idayu dibawa pulang dengan
selamat ke pangkuan keluarganya. Nur Idayu mengucapkan terima kasih kepada pihak membantunya. sinarharian
-- Budak Mati Tersepit Lif Di Perumahan Awam Desa Tun Razak (Gambar)
-- Guru Dirogol Rakan Sekerja Di Rumahnya Di Sabak Bernam
-- Izzue Islam Mahu Segera Dapat Anak (Gambar)