Watak sebagai seorang Muslim yang saya bawa menerusi drama ini hanyalah
sekadar lakonan semata-mata,” kata aktor kacak, Keith Foo mengenai
dakwaan lakonannya menerusi drama nombor satu, Ariana Rose,
mempersendakan agama Islam. Menjelaskan lebih lanjut mengenai perkara itu, Keith akui bersyukur
kerana diberi peluang untuk membawakan watak seperti itu (beragama
Islam) kerana pada masa yang sama dapat belajar banyak perkara
daripadanya.
“Saya memang tidak ada masalah bawa watak ini kerana pada masa yang
sama banyak yang saya belajar terutamanya berkaitan agama Islam. “Ini bukanlah kali pertama saya bawa watak seperti ini kerana sewaktu
di Indonesia dahulu sudah beberapa kali saya mainkan watak yang sama,”
katanya ketika ditemui pada tayangan eksklusif drama Ariana Rose.