my nuffnang

Pages

Friday, June 28, 2013

Keputusan Sepanyol vs Itali Separuh Akhir Piala Konfederasi (Gambar)

Sepanyol layak ke final Piala Konfederasi 2013 bertemu Brazil selepas menewaskan Itali dalam perlawanan separuh akhir yang sengit. Perlawanan Sepanyol vs Itali yang dibarisi ramai bintang bolasepak dunia terpaksa ditentukan melalui sepakan penalti.


Kedua dua pasukan menghasilkan banyak peluang di depan gol tetapi gagal disudahkan dengan baik. Leonardo Bonucci mengambil sepakan penalti ke 13 dalam perlawanan ini untuk Itali namun gagal menyempurnakannya menyebabkan Itali tersingkir dari persaingan akhir.

Jesus Navas mengambil sepakan penalti yang membawa Sepanyol ke final Piala Konfederasi melawan Brazil. Keputusan penuh perlawanan Sepanyol 7-6 Itali.

-- Keputusan Brazil vs Uruguay Separuh Akhir Piala Konfederasi (Gambar)
-- Guru Dirogol Rakan Sekerja Di Rumahnya Di Sabak Bernam
-- Sarawak Alami Gangguan Elektrik (Gambar) 

Thursday, June 27, 2013

Ibu Siti Sarah Meninggal Dunia (Gambar)

Ibu penyanyi Siti Sarah Raisuddin iaitu Nur Aini Mohamad 56 meninggal dunia di Hospital Ampang pada pukul 6.36 pagi Rabu. Menurut Sarah 30, ibunya meninggal dunia akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuk kegagalan buah pinggang, kencing manis dan darah tinggi.


"Arwah ibu dah mula sakit serius sejak Oktober tahun lalu dan sering kali keluar masuk hospital. Siapa tak sedih bila ibu kita dah pergi. Saya hanya kena redha dengan ketentuan takdir," katanya. Nur Aini isteri kepada Raisuddin Hamzah sebelum ini pernah bekerja di Tenaga Nasional Berhad TNB sebelum bersara akibat penyakit berkenaan.

-- (Gambar) Cutenya Siti Sarah Mengandung
-- Ashraf Muslim Kahwin Lain? Betul Ke?
-- Izzue Islam Mahu Segera Dapat Anak (Gambar)

Thursday, June 20, 2013

Piala Konfederasi Itali vs Jepun, Menang 4-3 Itali Ke Suku Akhir (Gambar)

Keputusan Piala Konfederasi Itali vs Jepun menyaksikan 7 gol menarik dihasilkan dengan Itali menang 4-3 Jepun dan seterusnya layak ke suku akhir. Jepun mendahului 2-0 di separuh masa pertama bagaimanapun terpaksa akur dengan 4 gol Itali pada separuh masa kedua termasuk di penghujung perlawanan minit ke 86.



Gol Jepun dijaringkan oleh Honda 21 pen, Shinji Kagawa 33 dan Shinji Okazaki 69. Itali pula memperoleh gol menerusi De Rossi 41, Uchida 50 og, Balotelli 52 pen dan Giovinco 86.

Perlawanan Brazil vs Mexico berkesudahan Brazil menang 2-0 Mexico menampakkan kelincahan Neymar dengan jaringan gol pertama dan gol kedua pula hasil umpanannya.

-- Pelajar Malaysia Di Jordan Kemalangan Jatuh Gaung Sumaiyah Romli Mati 4 Cedera (Gambar)
-- (Gambar) Fasha Sandha Berbikini Di Bali.. Phewiittt!!!!!
-- Izzue Islam Mahu Segera Dapat Anak (Gambar)

Monday, June 03, 2013

Izzue Islam Mahu Segera Dapat Anak (Gambar)

Pelakon dan anggota kumpulan Forteen, Izzue Islam mahu sudah bersedia untuk bergelar bapa dan berharap akan dikurniakan cahaya mata dalam masa terdekat. Izzue atau nama sebenarnya Muhammadd Izzul Islam Mazlan, 23, berkata, walaupun usianya masih muda dia yakin dapat menjadi seorang bapa yang baik dan kehadiran anak itu akan mematangkannya sebagai seorang lelaki.


 "Jika rezeki diberi awal memang saya mahu segera mempunyai anak dan sudah bersedia untuk bergelar seorang bapa tambahan pula anak itu nanti akan memberi berkat dan menyerikan rumah tangga kami" ujarnya kepada mStar Online. Pada Ahad lalu, Izzue selamat bergelar suami kepada pengurusnya sendiri iaitu Nurinafilah Waharudin apabila kedua-dua mereka diijabkabulkan dengan sekali lafaz.

Sunday, June 02, 2013

JDT Tewas 1-2 Pahang Tapi Layak Ke Final Piala FA Bertemu Kelantan (Gambar)

Johor Darul Takzim (Johor DT) layak ke perlawanan akhir Piala FA 2013 walaupun kalah 1-2 kepada Pahang pada perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam Sabtu. Johor DT menang 1-0 pada aksi separuh akhir pertama di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, pada 25 Mei lepas untuk menjadikan keputusan agregat 2-2. Mereka layak ke final berdasarkan peraturan gol di tempat lawan.


Penjaring: Pahang: Matias Ruben Conti (minit kedua, 40) Johor Darul Takzim: Andrezinho (minit ke-48).

Barisan Pemain:
Pahang: Mohd Khairul Azhan Mohd Khalid, Jalaluddin Jaafar (Mohd Saiful Nizam Miswan), Damian Delano Stewart, Amirul Hadi Zainal (Azidan Sarudin), R. Surendren, Matias Ruben Conti, Azamudin Mohd Akil, Mohd Razman Roslan, Mohd Shahrizan Ismail, Mohd Hafiz Kamal, R. Gopinathan (Mohd Fauzi Rozlan).

Johor DT: Muhd Al-Hafiz Hamzah, Irfan Abdul Ghani (K. Thanaraj), Kamarul Afiq Kamarudin, Mohamad Aidil Zafuan Abdul Radzak, Andrezinho, Mohd Nurul Azwan Roya, Ahmad Ezrie Shafizie, Mohd Nazri Ahmad (Safiq Rahim), Jasazrin Jamaluddin, Norshahrul Idlan Talaha, Leonel Nunez (Mohd Safee Sali).
Pengadil: Syed Azhar Syed Kamar.

-- Tragedi Bot Ekspres Karam Di Sungai Rajang Mayat Tujok Lah Ditemui (Gambar)
-- Uqasha Senrose Dan Pekin Bercuti Di Phuket (Gambar)