my nuffnang

Pages

Sunday, July 22, 2012

Ariel Peterpan Bebas

Jika mengikut percaturan, vokalis kumpulan Peterpan, Nazriel Irham yang popular dipanggil Ariel akan dibebas pada tahun hadapan.

Bagaimanapun, mulai esok, Ariel yang dihukum penjara tiga tahun akibat kesalahan mengedar bahan pornografi akan dapat menghirup udara segar di luar jeriji besi.

Ketua Bahagian Kemasyarakatan Indonesia, Dedi Sutardi menerangkan, Ariel dibebaskan setelah dia menjalani dua pertiga masa hukumannya. "Selain itu, dia juga telah menjalani asimilasi dan berkelakuan baik selama di lembaga pemasyarakatan," katanya.
Menurut Dedi, pembebasan awal Ariel merupakan amalan piawai dan dia bebas awal bukan kerana dia berstatus selebriti. "Semua tahanan kalau sudah menjalani dua pertiga masa tahanan boleh dibebaskan. Selain itu juga dinilai melalui sikapnya," ujar Dedi.

Ariel dijangka akan menyudahkan kerja-kerja yang berbaki dengan grupnya. Selain itu Ariel juga telah mempersiapkan sebuah buku biografi. Peterpan yang terkenal dengan lagu Bintang Di Surga itu menghentikan aktiviti seni mereka sejak Ariel dipenjara pada 2010. kosmo

-- Yazid Burger Seksyen 7 Shah Alam Burger YB Yang Besar
-- Ameera TV3 Episod Akhir Sinopsis

No comments: