my nuffnang

Pages

Tuesday, November 19, 2013

Kemalangan Di Km 257 PLUS Dekat Terowong Menora 1 Maut 7 Cedera (Gambar)

Seorang maut manakala tujuh yang lain cedera dalam kemalangan membabitkan dua treler dan dua kereta di Km 257.2 lebuhraya Utara-Selatan menghala Selatan berhampiran Terowong Menora di sini, Isnin.
Dalam kejadian pukul 4.30 petang itu, pemandu lori treler yang membawa muatan siling, M. Ukesparen, 31, disahkan mati di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).


Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar ACP Abdul Gaffar Muhamad ketika dihubungi berkata kejadian itu membabitkan treler berkenaan dengan sebuah lagi treler yang membawa muatan bitumen serta dua kereta masing-masing jenis Avanza dan Nissan Latio dengan kesemuanya dalam perjalanan menghala ke Selatan.