Polis tidak menafikan kemungkinan
gambar dua anggotanya yang tidur di Balai Polis Komuniti Mak Mandin,
Butterworth, Pulau Pinang diambil pihak dalaman sebelum disebarkan dalam
media sosial.
Gambar anggota polis lelaki dan wanita
yang tidur di kerusi di pejabat pertanyaan balai polis semasa bertugas
tersebar di media sosial dan mengundang kritikan pelbagai pihak.