my nuffnang

Pages

Tuesday, February 25, 2014

Ariana Rose Popularkan Fathia Dan Keith Foo (Gambar)

Watak sebagai seorang Muslim yang saya bawa menerusi drama ini hanyalah sekadar lakonan semata-mata,” kata aktor kacak, Keith Foo mengenai dakwaan lakonannya menerusi drama nombor satu, Ariana Rose, mempersendakan agama Islam. Menjelaskan lebih lanjut mengenai perkara itu, Keith akui bersyukur kerana diberi peluang untuk membawakan watak seperti itu (beragama Islam) kerana pada masa yang sama dapat belajar banyak perkara daripadanya.


“Saya memang tidak ada masalah bawa watak ini kerana pada masa yang sama banyak yang saya belajar terutamanya berkaitan agama Islam. “Ini bukanlah kali pertama saya bawa watak seperti ini kerana sewaktu di Indonesia dahulu sudah beberapa kali saya mainkan watak yang sama,” katanya ketika ditemui pada tayangan eksklusif drama Ariana Rose.

Monday, February 24, 2014

Senarai 20 Terkaya Di Malaysia (Gambar)

Robert Kuok, hartawan Malaysia yang berpangkalan di Hong Kong, kekal lelaki paling kaya di Malaysia dengan kekayaan RM54.48 bilion berbanding RM46.1 bilion tahun lepas, diikuti ahli perniagaan T. Ananda Krishnan dan tokoh perbankan Public Bank Tan Sri Teh Hong Piow.


Ananda, mengekalkan posisi kedua sejak 2004 dengan aset yang dimilikinya menerusi Usaha Tegas Sdn Bhd bernilai RM33.19 bilion, peningkatan sebanyak 0.88 peratus daripada RM32.90 bilion tahun lepas. Hong Piow, kekal di tempat ketiga sejak tiga tahun lepas, dengan aset bernilai RM18.07 bilion, lapor Malaysian Business, majalah Perniagaan utama dalam terbitan 16 Februari.

Saturday, February 15, 2014

Guru Sepak Tumbuk Pelajar Diarah Jalani Pemeriksaan Mental (Gambar)

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak telah mengarahkan guru lelaki yang didakwa mencederakan empat pelajar dua hari lepas, menjalani pemeriksaan kesihatan mental di Hospital Manjung. Timbalan Pengarahnya Mohd Idris Ramli berkata guru berkenaan direhatkan selama seminggu sehingga 19 Feb ini dan diarahkan menjalani pemeriksaan itu berdasarkan  laporan pihak sekolah bahawa guru itu dipercayai mengalami tekanan di samping masalah mental.

Beliau berkata ini kerana tindakannya mencederakan empat pelajar itu dilihat tidak normal berbanding hukuman rotan yang dianggap biasa. Katanya selepas tempoh berkenaan guru yang mengajar mata pelajaran bahasa Inggeris dan komputer di sebuah Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) di Sitiawan itu akan ditempatkan di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Manjung sehingga kes itu selesai.

Wednesday, February 12, 2014

BR1M 3.0 Dikredit Dalam Akaun 22 Februari

Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 3.0 akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank pemohon pada 22 Februari ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Menerusi laman Facebooknya pada Selasa, Najib berkata, bagi pemohon yang tiadaakaun bank atau tidak sempat mengemaskini maklumat perbankan mereka, bayaran BR1M akan dibuat secara berperingkat bermula 23 Februari.

Pendaftaran permohonan BR1M bagi pemohon baharu ditutup pada 31 Januari lepas, sementara bagi penerima sebelum ini mereka hanya perlu mengemaskini maklumat peribadi termasuk alamat, maklumat anggota keluarga dan akaun bank.

Dalam pembentangan Bajet 2014 yang diumumkam Najib pada Oktober lepas, isirumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah yang layak akan menerima bantuan BR1M sebanyak RM650, sementara individu bujang yang berpendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan akan menerima bantuan RM300.

--  Wan Sakinah Dan Baby Bump Bersama Ashraf Muslim (Gambar)
--  Zizan Nafi Bercumbu Dengan Emma Maembong Dalam Kapal Terbang
--  Uqasha Senrose Dan Pekin Bercuti Di Phuket (Gambar)
--  Polis Dihukum Buat Seks Oral Pelajar Tingkatan Tiga (Gambar)