Pelakon Lana Nordin yang sebelum ini meluahkan hasratnya ingin
dibimbing menjadi muslimah yang lebih baik selepas mengenali aktor Johan
As'ari, 27, tetap akan meneruskan niatnya itu walaupun mereka kini
sudah putus cinta. Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nordin, 34, berkata, dia
sebenarnya sudah berniat ingin berubah sebelum mengenali Johan lagi, dan
isu putus cinta disifatkan bukan penghalang untuk meneruskan hasratnya
itu.
"Sebenarnya saya mahu berubah ke jalan yang diredhai Allah sebelum
mengenali Johan lagi dan saya beritahu hasrat itu kepada Lisdawaty
(pelakon).
"Jadi, apabila Johan bersungguh-sungguh mahu memperisterikan saya,
terus saya anggap dialah yang akan membimbing saya. Tetapi apabila
keadaan sudah berubah (putus cinta), saya tetap akan teruskan niat untuk
menjadi muslimah yang baik," katanya.