my nuffnang

Pages

Saturday, October 06, 2012

Syarikat Pelaburan Emas Diserbu Lagi Slps Genneva

Tiga lagi syarikat pelaburan emas di Kuala Lumpur telah diserbu kerana disyaki mengambil deposit secara haram. Premis bagi Pageantry Gold Bhd, Caesar Gold Sdn Bhd dan Worldwide Far East Bhd diserbu pada Jumaat oleh Bank Negara, polis dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Antara lain, mereka sedang disiasat atas dakwaan melakukan pengubahan wang haram, pengelakan cukai, termasuk pernyataan palsu, dan pelantikan ejen tidak berlesen, kata Bank Negara dalam satu kenyataan. Mereka adalah syarikat pelaburan emas terbaru yang diserbu selepas Genneva Malaysia Sdn Bhd, yang sedang disiasat kerana kesalahan yang sama seperti yang disiarkan pada muka depan akhbar The Star pada Selasa.

Ketika berita ini ditulis, para pegawai masih lagi berada di pejabat premis Pageantry di Setapak dan Worldwide Far East di Bandar Baru, Sri Petaling. Tiada sesiapa yang dilihat di pejabat Caesar Gold di Jalan Klang Lama.

Dalam satu kenyataan berasingan, Bank Negara berkata, aset dan dokumen yang berkaitan telah disita dari premis beberapa Genneva dan kediaman pengarah syarikat. Siasatan diikuti laporan polis yang dikemukakan oleh "pelbagai pihak" terhadap syarikat itu, tambah kenyataan itu.

Bank Negara telah mengenakan tindakan terhadap Genneva pada tahun 2009, tetapi ia kembali beroperasi selepas menukar namanya. Bank pusat menasihatkan orang ramai untuk memeriksa dengan pihak berkuasa berkaitan apabila berurusan dengan syarikat atau individu yang menawarkan peluang perniagaan atau perkhidmatan kewangan yang seolah-olah begitu menarik.

"Orang ramai diingatkan supaya berhati-hati dalam melabur dalam skim yang tidak terkawal," katanya lagi. Bank Negara menegaskan bahawa agensi-agensi penguatkuasa akan bertindak terhadap skim kewangan haram "untuk melindungi kepentingan pelabur dan orang awam secara umum". Daripada 87 syarikat dalam senarai amaran pengguna oleh Bank Negara, 18 syarikat terlibat dalam aktiviti pelaburan emas. mstar

No comments: