my nuffnang

Pages

Wednesday, November 20, 2013

Yasmin Hani Bersalin Anak Lelaki (Gambar)

Yasmin Hani selamat bersalin bayi lelaki pada 12 November lalu di Prince Court. Tapi Yasmin belum mendedahkan butiran lanjut mengenai anaknya kerana terikat dengan program Celebrity Maternity. Mungkin seperti anak Diana Danielle dan Farid Kamil, anak Yasmin akan muncul dalam rancangan khas tv tersebut.


Apapun, tahniah buat Yasmin Hani dan Shaarin dengan kehadiran ahli baru keluarga mereka itu. Pastinya kehidupan lebih ceria dan bahagia selepas ini.

--  Gambar Anak Erra Fazira Aleesya Yang Makin Comel
--  Ayah Buat Seks Dengan Anak Mesej Lucah Tiap Kali Isteri Tiada Di Rumah (Gambar)
--  Pelajar Cemerlang Buat Seks Dua Kali Di Rumah Nenek 

Tuesday, November 19, 2013

Kemalangan Di Km 257 PLUS Dekat Terowong Menora 1 Maut 7 Cedera (Gambar)

Seorang maut manakala tujuh yang lain cedera dalam kemalangan membabitkan dua treler dan dua kereta di Km 257.2 lebuhraya Utara-Selatan menghala Selatan berhampiran Terowong Menora di sini, Isnin.
Dalam kejadian pukul 4.30 petang itu, pemandu lori treler yang membawa muatan siling, M. Ukesparen, 31, disahkan mati di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).


Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar ACP Abdul Gaffar Muhamad ketika dihubungi berkata kejadian itu membabitkan treler berkenaan dengan sebuah lagi treler yang membawa muatan bitumen serta dua kereta masing-masing jenis Avanza dan Nissan Latio dengan kesemuanya dalam perjalanan menghala ke Selatan.

Monday, November 11, 2013

Azhael Tersingkir Konsert Separuh Akhir AF 2013 Gagal Ke Final (Gambar)

Kejutan pada peringkat separuh akhir program Akademi Fantasia 2013 (AF 2013) apabila peserta duo daripada Kuala Lumpur iaitu Mohd Azhar Osman dan Hal Husaini Azmi (Azhael) gagal mara ke peringkat akhir selepas mendapat undian terendah pada persembahan minggu kelapan yang diadakan di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil pada malam Ahad.


Azhael mendapat undian terendah sebanyak 15 peratus selepas menyampaikan dua buah lagu iaitu Kembali Merindu nyanyian asal kumpulan Slam dan Lelaki Ini (Anuar Zain). Pengumuman itu dibuat oleh 'Inspirer' minggu ini iaitu Datuk Siti Nurhaliza.

Penyingkiran Azhael sekaligus telah melayakkan lima finalis lain iaituNadia Amira Othman (Amira), Nur Nabila Mohd Razali (Nabila), Siti Ruhilah Hussien (Indah), Nur Aishah Aziz (Aishah) dan Mohd Faizul Sani (Faizul) mara ke peringkat akhir yang bakal diadakan di Stadium Negara pada 17 November depan.

Azhael ketika ditemui memberitahu walaupun sedih tidak dapat mara ke peringkat akhir namun redha dengan keputusan yang dibuat oleh pengundi dan menganggap rezeki tidak memihak kepadanya. "Ini bukan pengakhiran buat kami tetapi permulaan dan kami akan teruskan karier nyanyian selepas ini," ujarnya. Tiga pengkritik tetap AF 2013 terdiri daripada komposer Roslan Aziz, Pelakon Sharifah Amani dan Penyanyi dan komposer Edry KRU. mstar

-- Ahmad Busu Pi Mai Pi Mai Tang Tu Meninggal Dunia Akibat Strok (Gambar)
-- Datuk Bukhari Che Muda Meninggal Dunia CEO TV Al Hijrah (Gambar)
-- Polis Dihukum Buat Seks Oral Pelajar Tingkatan Tiga (Gambar)

Saturday, November 09, 2013

Perkahwinan Intan Azura Dan Wan Rashdan (Gambar)

Intan Azura pelakon drama popular satu ketika dulu yang menceburi bidang lakonan bermula dengan kumpulan M'steen. Seangkatan dengan kumpulan muzik seperti Res 2 dan Feminin. Terkini Intan Azura telah melangsungkan perkahwinan dengan Wan Rashdan merupakan seorang pengurus kilang.


Tahniah buat Intan Azura dan Wan Rashdan, semoga kekal dan bahagia selamanya.

-- Aien Kembar Ekin Mawi Bersalin Anak Kembar (Gambar)
-- Polis Dihukum Buat Seks Oral Pelajar Tingkatan Tiga (Gambar)
-- Pernikahan Ezani Masterchef Dan Dr Azrai (Gambar) 

Friday, November 08, 2013

Toyota Estima Previa Harga Spesifikasi Warna Dan 3 Tahun Waranti (Gambar)

UMW Toyota akan membawa masuk secara rasmi Toyota Estima ke Malaysia, denga RM270,000 sebagai tanda harga untuk model tersebut termasuk insurans dengan tiga tahun jaminan waranti, sungguhpun model MPV tersebut masih belum lagi dilancarkan secara rasmi. Untuk model ini, UMW Toyota memilih untuk menggunakan nama Toyota Previa di Malaysia, tujuannya untuk membezakan model mereka dari model-model Estima yang boleh didapati di kedai-kedai recon atau pengimport kereta yang memiliki AP.


Nama Toyota Previa turut diguna pakai di pasaran seperti Hong Kong. Di negara kelahiranya, masih dikenali sebagai Estima, dan di Australia, dikenali sebagai Tarago. Hanya satu varian yang akan ditawarkan UMW Toyota; menggunakan enjin 2.4 liter 2AZ-FE seperti yang terdapat di dalam model Camry, menjana 170PS dan 224Nm tork, serta digabungkan dengan transmisi Super CVT-I dengan tujuh kelajuan. ACR50 Previa mempunyai konfigurasi susunan 2-2-3, tujuh tempat duduk, dengan “captain seats” untuk tempat duduk barisan tengah. Tempat duduk jenis fabrik ditawarkan.

Ciri-ciri lain yang turut ditawarkan untuk model ini antaranya, termasuklah pintu jenis gelongsor (sliding doors) untuk kedua-dua belah pintu sisi belakang, lampu hadapan HID dengan sistem penyesuaian lampu hadapan (adaptive front lighting system) yang mana satu sistem lampu yang mengikut arah stereng dipusing, sistem audio 2-DIN CD/MP3 dengan enam pembesar suara. EBD ditawarkan namun tiada disenaraikan kawalan kestabilan S-VSC, dan hanya dua beg udara ditawarkan (kebanyakan pesaing mempunyai tujuh beg udara termasuklah kawalan kestabilan VSC).

Model in boleh didapati dalam enam pilihan warna; White Pearl CS, Super White II, Silver Metallic, Black, Ice Titanium Mica Metallic dan Silky Gold Mica Metallic.

Setakat ini, untuk pengeluar dari Jepun, cuma Mazda yang menawarkan model di dalam segmen yang sama – Mazda 8, di samping Volkswagen yang menawarkan Sharan. Honda Malaysia juga mempunyai rancangan untuk membawa masuk MPV. arenakereta

-- Love You Mr Arrogant Episod Akhir Sinopsis
-- Rozita Che Wan Bercuti Di Paris (Gambar)
-- Polis Dihukum Buat Seks Oral Pelajar Tingkatan Tiga (Gambar)
-- Honda Accord Ganti Perdana Kereta Rasmi Kerajaan PRM (Gambar)