my nuffnang

Pages

Friday, November 25, 2011

(Gambar) Banjir Di Kelantan, Terengganu Makin Buruk

Keadaan banjir di Terengganu dan Kelantan semakin buruk apabila jumlah mangsa yang dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan terus bertambah semalam.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negeri Terengganu berkata, seramai 2,717 orang telah ditempatkan di 46 buah pusat pemindahan di lima buah daerah di negeri tersebut.

Katanya, daerah paling terjejas teruk ialah Setiu apabila seramai 1,540 mangsa daripada 400 keluarga telah dipindahkan ke 16 buah pusat pemindahan. kosmo

-- (Gambar) Banjir Di Kelantan Bertambah Buruk, Terengganu Beransur Pulih
-- Gambar Fasha Sandha Di Majlis Majalah Lisa, Perhh
-- Terkini Banjir Makin Buruk Di Terengganu 1,638 Dipindahkan
-- Gambar Hot Zarina Ann Jolie Di Majalah FHM Indonesia

Wednesday, November 23, 2011

Majistret Kekal Dijel 3 Tahun, Denda RM40 Ribu

Mahkamah Tinggi mengekalkan hukuman penjara tiga tahun dan denda RM40,000 terhadap seorang majistret yang disabitkan bersalah atas dua pertuduhan rasuah, kira-kira dua tahun lalu.

Hakim Datuk Azman Abdullah berkata, Hakim Mahkamah Sesyen, Sabariah Othman telah membuat keputusan yang tepat dan tidak terkhilaf dalam membuat keputusan terhadap Mohd. Firdaus Ramlan, 29, pada 3 Oktober tahun lalu.

Bekas Timbalan Pendakwa Raya Dipenjara, Denda RM10 Ribu

Seorang bekas timbalan pendakwa raya (TPR) dihukum penjara sehari dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen selepas didapati bersalah atas tuduhan meminda minit kertas arahan siasatan yang melibatkan tiga suspek kes dadah, dua tahun lalu.

Hakim Wan Mohd. Norisham Wan Yaakob memutuskan sabitan dan hukuman itu selepas berpuas hati bahawa pembelaan Md. Azar Irwan Mohd. Arifin, 32, gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap pertuduhan itu.

Sunday, November 20, 2011

Malaysia 1-0 Myanmar, Layak Ke Final Sukan Sea 2011

Malaysia berjaya menempah tiket ke perlawanan akhir bola sepak apabila menewaskan Myanmar 1-0. Jaringan kemenangan Malaysia dilakukan Ahmad Fakri Shaarani pada minit ke-85.

Malaysia menjadi pasukan pertama yang melayakkan diri ke perlawanan akhir yang bakal berlangsung Isnin ini.


Thursday, November 17, 2011

Malaysia 1-0 Indonesia Sukan Sea 2011

Malaysia  menang 1-0 Indonesia hasil jaringan Shahrul Azuari minit ke 26. Seterusnya layak ke separuh akhir bolasepak Sukan Sea menentang Myanmar. Permainan yg kemas dipamerkan anak buah Ong Kim Swee w/pun byk kekasaran drp pemain Indonesia sehingga coach Malaysia diarah tinggalkan bangku pemain krn membuat bantahan terhadap corak permainan lawan.

Tahniah utk Harimau Malaya krn berjaya tewaskan Indonesia yg secara psikologi turut dibantu sokongan ribuan rakyat mereka. Khairul Fahmi a.k.a Apek juga byk menyelamatkan pintu gol Malaysia dibantu barisan pertahanan kental. Izzat Faris dan Khairol Baktiar dilayangkan kad kuning.

Pepun, semoga Malaysia terus cemerlang dlm perlawanan seterusnya dan berjaya muncul juara mengekalkan pingat emas Sukan Sea Laos 2009.

-- Najwa Mahiaddin (Anak TPM) Lali Kejayaan Dikait Dgn Status Keluarga
-- (Gambar) Wilma Muhammad Kembali Ke Layar Perak
-- Gambar Fasha Sandha Di Majlis Majalah Lisa, Perhh