my nuffnang

Pages

Tuesday, July 30, 2013

Polis Dihukum Buat Seks Oral Pelajar Tingkatan Tiga (Gambar)

Seorang pegawai polis peronda menerima padah apabila mahkamah sesyen semalam menjatuhkan hukuman penjara 14 tahun dan 10 sebatan ke atasnya kerana mencabul dan melakukan seks oral terhadap seorang pelajar tingkatan tiga empat tahun lalu. Hukuman diputuskan Hakim Azman Mustapha terhadap Ishak Mahmud, 49, yang juga pegawai  berpangkat Cif Inspektor bertugas di sebuah balai di Pasir Puteh selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.


Mengikut pertuduhan pertama, Ishak didakwa melakukan persetubuhan luar tabii tanpa kerelaan mangsa di dalam sebuah kereta peronda polis di  Kampung Air Terjun, Pasir Puteh jam 2 pagi, 2 Oktober 2009. Mengikut pertuduhan kedua, Ishak pada tarikh dan waktu yang sama didakwa menggunakan kekerasan  jenayah dengan niat hendak mencabul  kehormatan mangsa. Bagaimanapun hukuman pemenjaraan diarahkan berjalan serentak bagi pertuduhan pertama dan kedua.

Timbalan Pendakwa Raya negeri, Intan Nor Hilwani Mat Rifin meminta mahkamah mengambil kira faktor kedua-dua kesalahan yang dilakukan tertuduh amat serius. “Sepatutnya sebagai seorang polis menjadi pelindung. Saya memohon  mahkamah ambil kira kesan trauma yang dialami pengadu sebelum membuat keputusan,” katanya.

Peguam tertuduh, Datuk Mohd Shukri Mohamad meminta mahkamah  untuk penangguhan hukuman bagi membolehkan rayuan di Mahkamah Tinggi. Azman membenarkannya jaminan RM15,000 dengan syarat dijamin isterinya. sinarharian

-- Guru Dirogol Rakan Sekerja Di Rumahnya Di Sabak Bernam
-- Budak 14 Tahun Dirogol Bergilir Gilir 8 Lelaki (Gambar)
-- Wanita Dilarikan Ke Indonesia Hampir Sebulan Nur Idayu Aziz (Gambar)

Wednesday, July 24, 2013

Kate Middleton Bersalin Anak Lelaki 3.8kg Lepas 10jam (Gambar)

Kate Middleton selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.8kg di Hospital St Mary Paddington London. Putera William dan Duchess Of Cambridge itu dilaporkan bergerak ke hospital pada menjelang subuh dan selamat bersalin pada pukul 4.24petang.


Putera William juga dilahirkan ibunya Puteri Diana di hospital tersebut pada tahun 1982 lalu. Kate dan William bersama bayi mereka akan keluar hospital dan bergerak ke Istana Kensington hari ni.

Kelahiran bayi lelaki itu yang juga merupakan pewaris takhta ke 3 pastinya disambut gembira rakyat Britain.

-- Mayat Diikat Tangan dan Kaki Pada Tangga Di Padang Sidin Perlis (Gambar)
-- Wanita Dilarikan Ke Indonesia Hampir Sebulan Nur Idayu Aziz (Gambar)
-- Polis Putus Kaki Dilanggar Stabil (Gambar)

Thursday, July 18, 2013

Wanita Dilarikan Ke Indonesia Hampir Sebulan Nur Idayu Aziz (Gambar)

Ibu tiga anak, Nur Idayu Aziz 34, yang dipercayai dilarikan sekumpulan warga Indonesia ke Jawa Timur hampir sebulan lalu, berjaya dibawa pulang ke pangkuan keluarga oleh Kelab Putera 1Malaysia (KP1M).


Presiden KP1M, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, yang menyambut ketibaan wanita itu bersama suaminya, Mohd Riduan Abdul Razak, 34, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam, mengucapkan terima kasih kepada semua pihak terlibat dalam menjayakan misi diketuai Setiausaha Agung KP1M, Abdul Khalid Chairul seminggu lalu.

Beliau berkata, wanita malang itu berjaya dikesan minggu lalu, disembunyikan di sebuah rumah di kawasan pedalaman Rambipuji di daerah Jember, kira-kira enam jam perjalanan dari Surabaya. “Ketika kami jumpa dia, keadaannya seperti tidak sedarkan diri malah langsung tidak mengenali suaminya dan kita mengambil masa tiga hari untuk mengubati dia dengan menggunakan kaedah rawatan Islam. “Sekarang keadaannya bertambah baik, biarpun tidak pulih sepenuhnya, kita dimaklumkan dia didakwa terkena ilmu hitam yang dilakukan oleh penculiknya,” katanya.

Menurutnya, misi menyelamat itu merupakan inisiatif Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahu Nur Idayu dibawa pulang dengan selamat ke pangkuan keluarganya. Nur Idayu mengucapkan terima kasih kepada pihak membantunya. sinarharian

-- Budak Mati Tersepit Lif Di Perumahan Awam Desa Tun Razak (Gambar)
-- Guru Dirogol Rakan Sekerja Di Rumahnya Di Sabak Bernam
-- Izzue Islam Mahu Segera Dapat Anak (Gambar)

Wednesday, July 03, 2013

Natasha Hudson Tukar Nama Anak Naeema Kalila (Gambar)

Natasha Hudson selamat melahirkan bayi perempuan pada 22 April lalu. Bayi tersebut merupakan anak hasil perkahwinan bersama Carleed Khaza dan mereka telah sepakat menamakan bayi comel itu, Naeema Taqiyyah yang membawa maksud keberkatan, ketenangan, soleh dan bertakwa.


Namun, setelah merujuk nama berkenaan kepada ulama dan mufti, Taqiyyah turut membawa maksud lain yang kurang bersesuaian. Bukan itu sahaja, malah peminat yang mengikuti perkembangan Natasha dan anaknya di laman Instagram turut bertanyakan makna nama anak kedua Natasha itu. Melalui laman berkenaan, Natasha atau nama sebenarnya, Natasha Liana Hudson, 31, menjelaskan perkara itu telah dirujuk kepada pihak ulama dan dia telah menukar nama anaknya itu kepada Naeema Kalila.

"Saya tidak tahu yang Taqiyyah turut membawa makna pengikut ajaran Syiah sehinggalah saya menyertai majlis usrah. "Setelah bertanya mengenai perkara itu, saya dan suami bersetuju menukar namanya dengan makna lebih baik. "Dalam Bahasa Arab, Taqiyyah merujuk kepada perkataan bertakwa. Namun, kami tidak mahu ia mengundang salah faham dan kekeliruan pada masa akan datang. Jadi, ialah ditukar kepada Naeema Kalila," katanya.

Naeema Kalila adalah cahaya mata pertama Natasha bersama Carleed setelah mereka berkahwin pada April 2012 lalu. Ia merupakan perkahwinan ketiga buat Natasha. Hasil perkahwinan terdahulu, pelakon filem Langgar ini dikurniakan seorang anak perempuan, Nessa Helena, 5. sinarharian

-- Diana Danielle Bersalin Anak Lelaki 4.3kg (Gambar)
-- Cinta Jangan Pergi Episod Akhir Sinopsis
-- (Gambar) Fasha Sandha Berbikini Di Bali.. Phewiittt!!!!!