my nuffnang

Pages

Thursday, September 19, 2013

Rozita Che Wan Pakai Baju Ketat Jaga Badan (Gambar)

Pelakon Rozita Che Wan mengakui langkahnya memakai pakaian ketat sehingga menampakkan bentuk badan adalah salah satu cara untuk memudahkan dia menjaga berat badan. Rozita atau lebih senang disapa Che Ta, 40, berkata, memakai pakaian sedemikian dapat membantunya mengekalkan berat badan di mana lebih mudah untuk dia mengesan berat badannya naik jika baju yang dipakai itu tidak muat.


"Sebenarnya dari dahulu lagi saya suka memakai baju-baju yang mengikut tubuh badan. Memakai baju-baju ketat dapat memudahkan kita kesan kegemukan kita. "Dan bila kita pakai baju ketat, ia sekali gus membuatkan kita berdisiplin dalam pemakanan dan hanya memakan makanan dalam jumlah sedikit agar perut tidak nampak menggelebeh ," katanya kepada mStar Online.

Tambah Rozita, walaupun dia dilihat sebagai seorang yang begitu peka dalam soal pemakanan, namun dia tidak pernah mengehadkan jenis makanan yang boleh dimakan, cuma amaun yang dimakan sahaja yang dikurangkan. Sementara itu, Rozita memberitahu, walaupun ramai yang melihatnya sebagai wanita yang rajin berhias, namun dia bukanlah seorang yang gemar mengikut trend fesyen terkini.

"Memang saya tak ikut trend kerana ada jenis-jenis fesyen yang tidak bersesuaian dengan diri saya. "Seperti sekarang, ramai yang menyukai baju jenis ‘peplum’ tetapi bukan saya kerana ia langsung tidak bersesuaian dengan diri saya yang memiliki badan pendek tetapi kaki yang panjang. "Bagi saya, tidak perlu nak terlalu mengikut trend sehingga menjejaskan penampilan diri," tuturnya. mstar

-- Anne Ngasri Bersalin Anak Lelaki 3.4kg (Gambar)
-- Hanez Suraya Dipeluk Lelaki Sekadar Kawan Rapat (Gambar)
-- Polis Dihukum Buat Seks Oral Pelajar Tingkatan Tiga (Gambar)

Wednesday, September 18, 2013

Keputusan Piala Malaysia Terkini Kelantan vs Terengganu Pahang vs N Sembilan

Piala Malaysia bersambung selepas berehat untuk memberi laluan kepada Pestabola Merdeka 2013. Perlawanan Piala Malaysia berlangsung di beberapa venue pada 17.9.13 menyaksikan jaringan gol yang agak banyak dihasilkan pasukan bernama besar seperti Kelantan menang 3-1 Terengganu, JDT 4-1 Felda United, Pahang 3-0 Negeri Sembilan.

PKNS belasah T Team 5-0, ATM 1-1 Selangor, Perak 0-1 Kedah, Johor 2-2 Sime Darby.

Thursday, September 12, 2013

Keputusan Malaysia vs Thailand Pestabola Merdeka Final Lawan Myanmar (Gambar)

Malaysia Harimau Muda menang bergaya mengalahkan Thailand 3-0 dalam perlawanan Pestabola Merdeka di Kuantan. Malaysia yg telah layak ke final mengekalkan momentum kemenangan dengan permainan yang teratur dan penyudah yang kemas. Gol Malaysia dijaringkan oleh Mohammad Nasir Basharuddin minit ke 12. Rozaimi Abdul Rahman menjaringkan gol kedua Malaysia pada minit 28 dan turut menambah gol ketiga pada minit ke 80.


Malaysia akan bertemu Myanmar di final Pestabola Merdeka dan diharapkan mengulangi rentak kemenangan ke atas Myanmar.

-- Anne Ngasri Bersalin Anak Lelaki 3.4kg (Gambar)
-- Persandingan Abby Abadi Dan Farhan (Gambar)
-- Polis Dihukum Buat Seks Oral Pelajar Tingkatan Tiga (Gambar)

Tuesday, September 10, 2013

Awas Penyegar Udara Berbahaya

Penyegar udara yang sering diletakkan di dalam kereta kita ataupun di rumah mungkin berbau nyaman tetapi ia boleh mendatangkan kemudaratan tanpa kita sedari. Enam produk penyegar udara yang biasa digunakan yang ditemui di pasar raya dan kedai di seluruh negara telah diuji oleh sekumpulan pengguna, mengandungi empat bahan kimia berbahaya iaitu - toluena, benzena, formaldehid dan phthalates.


Kesemua produk didapati mengandungi salah satu daripada bahan kimia terbabit pada paras tertinggi dengan phthalates - bahan mengganggu sistem endokrin (EDS) - terkandung dalam empat daripada enam produk tersebut. Pendedahan dalam tempoh yang lama kepada EDS boleh menjejaskan sistem imun dan otak.