Natasha Hudson selamat melahirkan bayi perempuan pada 22 April lalu. Bayi tersebut merupakan anak hasil perkahwinan bersama Carleed Khaza
dan mereka telah sepakat menamakan bayi comel itu, Naeema Taqiyyah yang
membawa maksud keberkatan, ketenangan, soleh dan bertakwa.
Namun, setelah merujuk nama berkenaan kepada ulama dan mufti, Taqiyyah turut membawa maksud lain yang kurang bersesuaian. Bukan itu sahaja, malah peminat yang mengikuti perkembangan Natasha dan
anaknya di laman Instagram turut bertanyakan makna nama anak kedua
Natasha itu. Melalui laman berkenaan, Natasha atau nama sebenarnya, Natasha Liana
Hudson, 31, menjelaskan perkara itu telah dirujuk kepada pihak ulama dan
dia telah menukar nama anaknya itu kepada Naeema Kalila.
"Saya tidak tahu yang Taqiyyah turut membawa makna pengikut ajaran Syiah sehinggalah saya menyertai majlis usrah. "Setelah bertanya mengenai perkara itu, saya dan suami bersetuju menukar namanya dengan makna lebih baik. "Dalam Bahasa Arab, Taqiyyah merujuk kepada perkataan bertakwa. Namun,
kami tidak mahu ia mengundang salah faham dan kekeliruan pada masa akan
datang. Jadi, ialah ditukar kepada Naeema Kalila," katanya.
Naeema Kalila adalah cahaya mata pertama Natasha bersama Carleed
setelah mereka berkahwin pada April 2012 lalu. Ia merupakan perkahwinan
ketiga buat Natasha. Hasil perkahwinan terdahulu, pelakon filem Langgar ini dikurniakan seorang anak perempuan, Nessa Helena, 5. sinarharian
-- Diana Danielle Bersalin Anak Lelaki 4.3kg (Gambar)
-- Cinta Jangan Pergi Episod Akhir Sinopsis
-- (Gambar) Fasha Sandha Berbikini Di Bali.. Phewiittt!!!!!
1 comment:
comel baby tu :)
Post a Comment