Seorang pegawai polis peronda menerima padah apabila mahkamah sesyen semalam menjatuhkan hukuman penjara 14 tahun dan 10 sebatan ke
atasnya kerana mencabul dan melakukan seks oral terhadap seorang pelajar
tingkatan tiga empat tahun lalu. Hukuman diputuskan Hakim Azman Mustapha terhadap Ishak Mahmud, 49, yang
juga pegawai berpangkat Cif Inspektor bertugas di sebuah balai di
Pasir Puteh selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan yang
munasabah terhadap kes pendakwaan.
Mengikut pertuduhan pertama, Ishak didakwa melakukan persetubuhan luar
tabii tanpa kerelaan mangsa di dalam sebuah kereta peronda polis di
Kampung Air Terjun, Pasir Puteh jam 2 pagi, 2 Oktober 2009. Mengikut pertuduhan kedua, Ishak pada tarikh dan waktu yang sama
didakwa menggunakan kekerasan jenayah dengan niat hendak mencabul
kehormatan mangsa. Bagaimanapun hukuman pemenjaraan diarahkan berjalan serentak bagi pertuduhan pertama dan kedua.
Timbalan Pendakwa Raya negeri, Intan Nor Hilwani Mat Rifin meminta
mahkamah mengambil kira faktor kedua-dua kesalahan yang dilakukan
tertuduh amat serius. “Sepatutnya sebagai seorang polis menjadi pelindung. Saya memohon
mahkamah ambil kira kesan trauma yang dialami pengadu sebelum membuat
keputusan,” katanya.
Peguam tertuduh, Datuk Mohd Shukri Mohamad meminta mahkamah untuk
penangguhan hukuman bagi membolehkan rayuan di Mahkamah Tinggi. Azman membenarkannya jaminan RM15,000 dengan syarat dijamin isterinya. sinarharian
-- Guru Dirogol Rakan Sekerja Di Rumahnya Di Sabak Bernam
-- Budak 14 Tahun Dirogol Bergilir Gilir 8 Lelaki (Gambar)
-- Wanita Dilarikan Ke Indonesia Hampir Sebulan Nur Idayu Aziz (Gambar)