Dean atau Ahmad Nuruddin Md Rasid peserta terbaru tersingkir persaingan Masterchef Malaysia 2. Kali ni sessi penyingkiran berlaku di Cameron Highlands bertempat Boh Tea Plantation Sungei Palas. Tempat Aaron Aziz dan Lisa Surihani shooting Ombak Rindu tu la kan. 3 peserta terlibat iaitu Izyan, Etiqa dan Dean.
Dean terpaksa mengucapkan selamat tinggal kpd peserta2 lain kerana menu hidangannya kurang menepati citarasa para chef juri. Kini tinggal 8 peserta untuk meneruskan cabaran dalam Masterchef Malaysia 2 yg semakin hampiri kemuncaknya. Berikut sedikit mengenai Dean: -
- Kecil-kecil cili padi. Ahmad Nuruddin Md Rasid atau Dean ini
mempunyai impian yang cukup tinggi untuk mengangkat masakan melayu ke
peringkat antarabangsa. Anak jati dari negeri Jelapang Padi ini berumur
24 tahun merupakan Pengusaha Homestay bersama keluarganya.
Minat memasak
sejak keci lagi membuatkan dirinya sudah sebati dalam bidang masakan.
Beliau sangat obsess dengan masakan melayu dan mampu memasak makanan
asli melayu dengan bagus.Antara masakan hasil tangan beliau yang sering
mendapat pujian ialah asam pedas.
Anak muda ini juga seorang yang
berjiwa besar dan tidak mudah berputus asa. Dengan kelebihan yang
dimiliki, Dean percaya beliau akan memberi saingan yang hebat kepada 23
peserta lain.
-- Ammar Tersingkir Masterchef Malaysia 2 10 Peserta Terbaik
-- Idaman Suri Langkawi Tempat Terapi Terbaik @ Cuti Cuti Langkawi
No comments:
Post a Comment