my nuffnang

Pages

Tuesday, November 03, 2015

Sultan Johor Nazar Derma RM1Juta TMJ Derma Kpd Masjid JDT Juara Piala AFC (Gambar)

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim bakal menunaikan nazar selepas pasukan bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) meraih trofi juara Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di Di Tajikistan pada Sabtu lalu. Baginda berkongsi berita gembira kejayaan itu di laman rasmi Facebook miliknya pada Selasa.


Siaran TV Digital Percuma MYTV Mulai Tahun Depan

Rakyat Malaysia bakal menikmati siaran televisyen digital sepenuhnya secara percuma bermula awal tahun depan dengan adanya perkhidmatan siaran Televisyen Terestrial Digital yang akan dikendalikan oleh MYTV Broadcasting Sdn Bhd (MYTV).


Monday, September 21, 2015

Lelaki Tampar Imam Masjid Negara Direman 14 Hari (Gambar)

Lelaki warga India yang menolak dan menampar imam Masjid Negara ketika solat Jumaat direman selama 14 hari. Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainol Samah berkata, suspek Ahbir Ahmad Khan 31 direman bermula Sabtu hingga 2 Oktober ini.


Wednesday, April 22, 2015

Alvin Tan Hina Islam Rakam Video Muslim Call To Prayer Azan R&B Cover (Gambar)

Blogger seks Alvin Tan sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila menghina panggilan sembahyang umat Islam iaitu laungan azan dalam rakaman video terbarunya.


Video terbaru yang dimuat naik di laman facebooknya itu berjudul 'Muslim Call to Prayer - Azan (R&B cover)' mendapat kecaman hebat dari pengamal media sosial, termasuk orang bukan Islam.

Monday, April 20, 2015

Amar Baharin Cedera Ditumbuk Ketika Penggambaran (Gambar)

Amar Baharin mengalami cedera di bahagian kening  akibat ditumbuk ketika menjalani penggambaran drama Jalan Cinta Ke Syurga di Rawang pada pagi Ahad.


Amar, 30, berkata, kejadian berlaku ketika dia bersama 10 pelakon tambahan berlakon dalam babak aksi dan ketika penggambaran berlangsung, dia terkena tumbukan daripada salah seorang daripada mereka, seorang pelakon baharu bernama Redza.

Sunday, March 22, 2015

Hantaran Nooryana Anak Najib AS$500,000? Betul Ke?

Anak perempuan Perdana Menteri, Nooryana Najwa tidak menerima wang hantaran bernilai AS$500,000 (RM1.85 juta) kata Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).


Menerusi kenyataannya, Pengarah Jawi, Paimuzi Yahya berkata, sijil nikah Nooryana Najwa yang menjadi viral di laman media sosial adalah palsu.

Friday, March 20, 2015

Polis Tidur Waktu Bertugas Gambar Mungkin Diambil Pihak Dalaman

Polis tidak menafikan kemungkinan gambar dua anggotanya yang tidur di Balai Polis Komuniti Mak Mandin, Butterworth, Pulau Pinang diambil pihak dalaman sebelum disebarkan dalam media sosial.


Gambar anggota polis lelaki dan wanita yang tidur di kerusi di pejabat pertanyaan balai polis semasa bertugas tersebar di media sosial dan mengundang kritikan pelbagai pihak.

Thursday, January 08, 2015

Saya Tiada Anak Bernama Chacha - Ismail Embong (Gambar)

"Jika betul Chacha menikam ayahnya dari belakang, MAKA SAYA TIDAK ADA ANAK BERNAMA AISHAH @ CHACHA". Itu luahan rasa daripada bapa kepada Chacha Maembong menerusi akaun Facebook miliknya selepas beberapa isu membabitkan anak-anaknya disiarkan di media massa.


Difahamkan tercetusnya 'kemarahan' ini disebabkan kenyataan daripada Chacha yang dianggap membelakangkan tanggungjawabnya sebagai seorang bapa.