my nuffnang

Pages

Friday, November 08, 2013

Toyota Estima Previa Harga Spesifikasi Warna Dan 3 Tahun Waranti (Gambar)

UMW Toyota akan membawa masuk secara rasmi Toyota Estima ke Malaysia, denga RM270,000 sebagai tanda harga untuk model tersebut termasuk insurans dengan tiga tahun jaminan waranti, sungguhpun model MPV tersebut masih belum lagi dilancarkan secara rasmi. Untuk model ini, UMW Toyota memilih untuk menggunakan nama Toyota Previa di Malaysia, tujuannya untuk membezakan model mereka dari model-model Estima yang boleh didapati di kedai-kedai recon atau pengimport kereta yang memiliki AP.


Nama Toyota Previa turut diguna pakai di pasaran seperti Hong Kong. Di negara kelahiranya, masih dikenali sebagai Estima, dan di Australia, dikenali sebagai Tarago. Hanya satu varian yang akan ditawarkan UMW Toyota; menggunakan enjin 2.4 liter 2AZ-FE seperti yang terdapat di dalam model Camry, menjana 170PS dan 224Nm tork, serta digabungkan dengan transmisi Super CVT-I dengan tujuh kelajuan. ACR50 Previa mempunyai konfigurasi susunan 2-2-3, tujuh tempat duduk, dengan “captain seats” untuk tempat duduk barisan tengah. Tempat duduk jenis fabrik ditawarkan.

Ciri-ciri lain yang turut ditawarkan untuk model ini antaranya, termasuklah pintu jenis gelongsor (sliding doors) untuk kedua-dua belah pintu sisi belakang, lampu hadapan HID dengan sistem penyesuaian lampu hadapan (adaptive front lighting system) yang mana satu sistem lampu yang mengikut arah stereng dipusing, sistem audio 2-DIN CD/MP3 dengan enam pembesar suara. EBD ditawarkan namun tiada disenaraikan kawalan kestabilan S-VSC, dan hanya dua beg udara ditawarkan (kebanyakan pesaing mempunyai tujuh beg udara termasuklah kawalan kestabilan VSC).

Model in boleh didapati dalam enam pilihan warna; White Pearl CS, Super White II, Silver Metallic, Black, Ice Titanium Mica Metallic dan Silky Gold Mica Metallic.

Setakat ini, untuk pengeluar dari Jepun, cuma Mazda yang menawarkan model di dalam segmen yang sama – Mazda 8, di samping Volkswagen yang menawarkan Sharan. Honda Malaysia juga mempunyai rancangan untuk membawa masuk MPV. arenakereta

-- Love You Mr Arrogant Episod Akhir Sinopsis
-- Rozita Che Wan Bercuti Di Paris (Gambar)
-- Polis Dihukum Buat Seks Oral Pelajar Tingkatan Tiga (Gambar)
-- Honda Accord Ganti Perdana Kereta Rasmi Kerajaan PRM (Gambar)