Seorang peguam wanita bertindak nekad dengan terjun dari tingkat
sembilan Hospital Umum Sarawak di sini kerana kecewa dengan tindakan
suami yang mahu menceraikannya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS)
semalam.
Bagaimanapun dalam kejadian pada pukul 2.30 petang itu, peguam
berumur 30 tahun itu hanya patah tangan kiri apabila dia tersangkut di
tingkat empat bangunan sama. Menurut sumber, sebelum itu mangsa yang menetap di Tabuan Jaya di
sini telah dikejarkan ke hospital oleh ibunya selepas dia mengadu sakit
pada dada.
"Dia yang sepatutnya dimasukkan ke wad selepas menerima rawatan awal, tiba-tiba memberi alasan untuk ke tandas. "Namun dia tidak kembali semula ke wad selepas hampir setengah jam
sehingga keadaan menjadi kelam-kabut selepas ibunya mendapat tahu mangsa
terjun tetapi tersangkut di atas bumbung tingkat empat hospital
berkenaan," katanya di sini semalam.
Sementara itu, seorang pengawal keselamatan yang ingin dikenali
sebagai Azizie berkata, dia terdengar bunyi jeritan dan bunyi benda
jatuh dua kali ketika dia sedang bertugas. Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching, Supritendan Abang Ahmad Abang
Julai ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan mengklasifikasikan kes
itu sebagai cubaan membunuh diri.
"Siasatan awal percaya mangsa memang berniat untuk membunuh diri
kerana mempunyai masalah peribadi, namun motif sebenar kejadian masih
disiasat. "Mangsa kini dirawat di Unit Penjagaan Rapi (ICU) hospital berkenaan," katanya. kosmo
-- Hafiz Pramugara Tersingkir Masterchef Malaysia 2 14.10.12
No comments:
Post a Comment