my nuffnang

Pages

Thursday, March 06, 2014

Gadis Melayu Pilihan Lelaki Kerana

Apa istimewanya gadis Melayu sehingga sentiasa menjadi tatapan dan idaman kalbu para jejaka? Apabila ditanyakan kepada teman-teman sepejabat dan rakan-rakan di gelanggang Muay Thai, pantas tersenyum nakal apabila disebut perkataan Gadis Melayu. Ada apa dengan gadis Melayu, wahai cik abang? 



Badan melentik - Perasan atau tidak gadis Melayu miliki bentuk badan macam kerengga. Ramping dan “berisi” di tempat yang betul. Patutlah cantik sahaja kalau berkebaya! 

Manja - Setiap kali ditanyakan personality gadis Melayu yang disukakan, mesti manja macam Nora Danish menjadi sebutan bibir para jejaka. Memang lumrah wanita Melayu bersifat lembut dan manja, manja dari segi gaya percakapan dan manja lagi dari segi layanan.

Malu tapi mahu - Gadis Melayu juga terkenal dengan ciri pemalu. Kalau bercakap, mesti berlapik. Sejuk hati abang tengok si gadis idaman miliki sifat pemalu. 

Cun - Mata besar, hidung mancung dan kulit cerah, Matsalleh yang datang berkunjung ke Malaysia selalu samakan wanita Melayu dengan gadis Latina. Hakikatnya gadis Melayu nampak jelita semacam kerana kebanyakannya miliki darah kacukan bahagian benua Timur Tengah. Contohnya sahaja seperti Neelofa dan Izara Aishah.

Bersih - Ada juga yang memberi komen bahawa gadis Melayu ini bersih. Mungkin kerana amalan permakanan jamu seperti saudara serumpun, gadis-gadis dari Indonesia. sumber: newsmylaunchpad

--  Rozita Che Wan Mengandung? Zain Saidin Berdebar (Gambar)
--  (Gambar) Fasha Sandha Berbikini Di Bali.. Phewiittt!!!!!
--  Hanez Suraya Dipeluk Lelaki Sekadar Kawan Rapat (Gambar)
--  Nana Mahazan Bersalin Anak Kedua (Gambar)
--  Rozita Che Wan Pakai Baju Ketat Jaga Badan (Gambar)

Tuesday, March 04, 2014

Cara Lindungi Diri Dari Jerebu 5 Langkah

Rasa penat dan sering haus? Lindungi diri anda dari serangan virus dan bakteria ketika jerebu. Ikuti lima cara ini untuk menjaga kesihatan diri anda.


Kurangkan aktiviti luar - Kepada mereka yang biasanya melakukan aktiviti luar seperti berlari, bersenam di taman dan bermain dengan anak-anak, anda dinasihati untuk lakukan aktiviti-aktiviti ini di dalam rumah. Contohnya, bersenam aerobik di rumah dan juga melakukan aktivit bersama-sama anak-anak di rumah. Ini adalah untuk mencegah daripada bernafas udara yang tercemar daripada jerebu. 

Monday, March 03, 2014

Manchester City Juara Piala Liga Kalahkan Sunderland (Gambar)

Aksi final yang berlangsung di Stadium Wembley, Yaya Toure, Samir Nasri dan Jesus Navas masing-masing menjaringkan gol menarik untuk menghadiahkan kemenangan buat City. Bagaimanapun, City dikejutkan dengan gol awal Sunderland menerusi Fabio Borini di minit ke-10, selepas dia bijak menggunakan peluang hasil kesilapan kapten City, Vincent Kompany yang gagal mengawal bola dengan baik. 


Tersentak dengan jaringan pembukaan itu, City terus mengasak namun Sunderland berjaya mengekalkan kedudukan, mendahului perlawanan 1-0 sehingga tamat babak pertama. Pun begitu, kegembiraan Sunderland tidak kekal lama di separuh masa kedua apabila Yaya Toure muncul melakukan rembatan deras di luar kotak penalti untuk menyamakan kedudukan 1-1 di minit ke-55.

Seminit kemudian (M56), Man City berjaya menambah jaringan, kali ini menerusi Samir Nasri selepas pemain itu melakukan rembatan mengelirukan untuk menewaskan penjaga gol lawan. Kelekaaan pertahanan Sunderland terus dihukum dan membenarkan Man City berada di kedudukan selesa selepas Jesus Navas Gonzalez menyumbang gol ketiga hasil rembatan derasnya.

Kekalahan itu sekaligus memusnahkan harapan Sunderland untuk memburu piala major pertamanya sejak kali terakhir memenangi Piala FA pada 1973.

-- Rozita Che Wan Mengandung? Zain Saidin Berdebar (Gambar)
-- (Gambar) Erra Fazira Dpt Hadiah LV Sempena Anniversary
-- Ammar Percaya Ibu Bapanya Akan Didapati Bersalah Dan Dipenjarakan Di Sweden (Gambar)
-- Rozita Che Wan Pakai Baju Ketat Jaga Badan (Gambar)