my nuffnang

Pages

Monday, March 18, 2013

Puteri Sarah Sedia Bertudung Bukan Sebab Putus Cinta (Gambar)

Pelakon Puteri Sarah sedang dalam proses menyiapkan diri untuk menjadi insan yang lebih baik berbanding sebelum ini. Puteri Sarah, 28, berkata, dia kini dalam proses percubaan memakai tudung dan berazam untuk berimej tersebut dalam tempoh terdekat.


"Tahun lepas saya banyak berlakon watak yang memakai tudung, dari situ hati saya terdetik untuk terus bertudung. "Buat masa ini ada lagi drama-drama yang saya berlakon tidak memakai tudung, cuma kalau keluar rumah saya kini lebih selesa mengenakan selendang," katanya kepada mStar Online.

Saturday, March 16, 2013

Penyiasat Persendirian PI Bala Meninggal Dunia

Bekas penyiasat persendirian P. Balasubramaniam atau lebih dikenali sebagai PI Bala, meninggal dunia akibat serangan jantung di sebuah klinik di Rawang pada Jumaat. Ahli Parlimen Subang R. Sivarasa, yang juga Anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR memaklumkan, Balasubramaniam mengalami masalah pernafasan dan meninggal dunia pada 1.40 petang.


Mendiang sepatutnya dalam perjalanan ke Hospital Sungai Buloh dari rumahnya di Rawang pada kira-kira 1.30 petang ini, katanya. Beliau berkata Balasubramaniam yang baru sahaja pulang ke negara ini dari India, mengalami masalah jantung dan dimasukkan ke Subang Jaya Medical Centre (SJMC) mingggu lepas.

Mendiang dijangka menjalani pembedahan pintasan jantung dalam tempoh tiga minggu dan dibenarkan keluar dari hospital itu Selasa lepas. mstar

-- Kenaikan Gaji Kakitangan Awam Mulai 1 Julai 2013
-- Ibu Catriona Ross Maut Nahas Kereta - Bas Di Gerik (Gambar)