my nuffnang

Pages

Tuesday, April 29, 2014

Rebecca Nur Al Islam Dan Baju Merahnya (Gambar)

Persalinan serba merah Rebecca Nur Al-Islam pula menjadi mangsa tidak puas hati peminat. Dalam satu kiriman emel, peminat itu memberitahu bahawa pakaian yang dikenakan Rebecca adalah sangat tidak sesuai kerana menampakkan susuk tubuhnya dengan jelas.


Lebih menyedihkan menurut peminat itu lagi, ramai yang mengecam Rebecca, gara-gara pakaiannya yang terlalu menjolok mata sehigga menggelarkannya sebagai ‘Teletubbies Masuk Islam’. Memang berat tuduhan tersebut, tetapi bagi Murai Batu pula sebagai selebriti yang sering menjadi perhatian, Rebecca seharusnya lebih sensitif dengan penampilannya.

Bagaimanapun, pengirim emel tersebut tidak pula menyatakan lokasi atau majlis apa yang dihadiri Rebecca itu. Yang Murai Batu tahu, gambar Rebecca dalam persalinan serba merah itu diambil daripada akaun peribadi pelakon tersebut. murai.com

--  (Gambar) Fasha Sandha Berbikini Di Bali.. Phewiittt!!!!!
--  Aien Kembar Ekin Mawi Bersalin Anak Kembar (Gambar)
--  Nora Danish Sambut Hari Jadi Di Kelab Malam Haram? (Gambar)
--  (Gambar) Mayat Gadis Kemalangan Viva Dan Lori Tangki Minyak Di Kg Gerai Besut Terengganu 

Rumah Anak Zahid Hamidi Nurul Hidayah Dipecah Masuk

Rumah anak sulung Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Nurul Hidayah Ahmad dipecah masuk oleh bekas pemandu anaknya itu pada Sabtu.


Nurul Hidayah memberitahu polis bahawa dia mengesyaki kejadian tersebut dilakukan oleh bekas pemandunya yang masuk ke dalam rumahnya di Country Height dengan menggunakan kunci rumah yang diberikan kepada suspek ketika dia masih berkhidmat dengannya. Suspek dipercayai melarikan dua jam tangan berjenama dengan wang tunai berjumlah RM1,000.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Abdul Rashid Wahab mengesahkan kejadian tersebut. Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan. Sementara itu, Ahmad Zahid turut mengesahkan kejadian tersebut namun beliau berkata tiada siapa yang cedera dalam insiden berkenaan dan 'hanya' beberapa barang sahaja yang hilang daripada rumah berkenaan. mstar

--  Shila Amzah Pakai Gaun Pendek Dan Seluar Ketat ND Lala Beri Penjelasan (Gambar)
--  Pernikahan Fizz Fairuz Dan Almy Nadia Di Balik Pulau (Gambar)
--  (Gambar) Fasha Sandha Berbikini Di Bali.. Phewiittt!!!!!
--  Nadia Shahrul Annuar, Bekas Pengacara TV3 Bercerai
--  Koleksi Gambar Perkahwinan Nur Nadia SM Nasimuddin, Jom Tgk

Monday, April 28, 2014

Shila Amzah Pakai Gaun Pendek Dan Seluar Ketat ND Lala Beri Penjelasan (Gambar)

ND Lala meminta supaya jangan menghukum anaknya, Shila Amzah disebabkan pakaian yang dikatakan tidak sesuai dengan imej bertudungnya apabila mengenakan dress pendek ketika pertandingan nyanyian di Shanghai, I Am Singer awal bulan lalu.


Sebaliknya, sebagai ayah dia bertangunggjawab atas apa yang berlaku ke atasnya kerana ketika itu dia yang mengetahui situasi dan hal sebenarnya.

Monday, April 14, 2014

Anak Ketua Pramugara MH370 Maira Elizabeth Terima Jersi Liverpool (Gambar)

Anak perempuan Andrew Nari, ketua pramugara dalam pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang 8 Mac lalu, menerima jersi Liverpool FC yang ditandatangani daripada kelab bola sepak itu.


Dalam tulisannya di Facebook pada malam Sabtu, Maira Elizabeth memuat naik gambarnya memakai jersi Liverpool yang mengandungi tandatangan pemain dan pengurus pasukan itu. Jersi itu turut tertera dengan nama Andrew Nari berserta nombor satu.

Friday, April 11, 2014

Puting Agnez Mo Tersembul Keluar Dalam Coke Bottle MV? (Gambar)

Tengah Murai Batu sedap-sedap minum kopi di sebuah kafe malam tadi, tiba-tiba telefon bimbit Murai Batu berdering. Nombor telefon yang keluar dari pemanggil datangnya dari seorang teman dari negara seberang. Kebetulan dah lama Murai Batu tak borak-borak dengan teman dari Indonesia ni.


So, Murai Batu pun excitedlah untuk jawab panggilan tersebut. Macam-macam yang dia tanya MUrai batu termasuklah tentang perkembangan #MH370. Kemudian, dia tanya Murai Batu, dah tengok tak muzik video internasional Agnez Mo berjudul Coke Bottle yang menampilkan rapper Timbaland dan T.I?