my nuffnang

Pages

Tuesday, March 06, 2012

Gambar Bas Terbalik Di Genting Highlands Dua Maut

Kegembiraan sekumpulan 22 pelancong dari wilayah Punjab dan Jaipur, India bercuti di negara ini tidak berpanjangan apabila dua daripada ahli rombongan itu maut selepas bas persiaran yang mereka naiki terbalik ketika menuruni bukit di Genting Highlands semalam.

Kejadian pukul 8 pagi di satu selekoh di Kilometer 4.5, Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur itu mengakibatkan Anita-Aggarwal, 59, mati di tempat kejadian manakala Rajendra Kumar Agurwal, 67, disahkan mati sebaik tiba di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Bas yang dipandu lelaki tempatan berusia 25 tahun itu membawa 22 penumpang dan seorang pembantu pemandu. Turut berada dalam bas itu ialah seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun. Mereka menghala ke ibu negara sebelum hendak berlepas ke Singapura. Sebelum kejadian, mereka baru sahaja berlepas kira-kira empat kilometer dari pusat peranginan itu setelah menginap di situ sejak Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Bentong, Suprintendan Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, bas itu dipercayai hilang kawalan lalu melanggar pembahagi jalan sebelum terbalik di laluan bertentangan. "Kebanyakan penumpang cedera akibat tersepit selain terjatuh di atas lantai bas ketika kenderaan itu hilang kawalan sebelum terbalik. Tiada mangsa tercampak keluar dan ketika kejadian cuaca cerah," katanya. kosmo

-- Gambar Lelaki Bogel Ala Org Minyak Dicekup Di Flat Pinggiran Bt Caves

No comments: