Pelakon Puteri Sarah sedang dalam proses menyiapkan diri untuk menjadi insan yang lebih baik berbanding sebelum ini. Puteri Sarah, 28, berkata, dia kini dalam proses percubaan memakai
tudung dan berazam untuk berimej tersebut dalam tempoh terdekat.
"Tahun lepas saya banyak berlakon watak yang memakai tudung, dari situ hati saya terdetik untuk terus bertudung. "Buat masa ini ada lagi drama-drama yang saya berlakon tidak memakai
tudung, cuma kalau keluar rumah saya kini lebih selesa mengenakan
selendang," katanya kepada mStar Online.