Aaron Aziz dimasukkan ke hospital pagi ini berikutan demam teruk dialaminya sejak beberapa hari lalu. Perkara itu disahkan oleh isterinya, Diyanah Halik melalui laman mikro Twitter. Menurut Diyana, Aaron mengalami demam teruk akibat pneumonia.
Namun, suhu badan Aaron dilaporkan sudah turun sedikit selepas menerima rawatan. Pneumonia merupakan jangkitan kuman pada paru-paru yang boleh berlaku akibat demam. Diyana menulis, terima kasih atas ucapan daripada semua. "Sekarang dah turun sikit," katanya.
Diyana juga memberitahu bahawa Aaron sudah mengalami batuk sebelum ini dan menolak untuk menerima rawatan. "Sebelum ke Cape Town, memang dia dah batuk dan sakit sikit, mungkin
waktu filming Promo basah for the whole day. Him being him tidak akan ke
doktor!" katanya kira-kira 30 minit lalu di laman Twitter miliknya.
Pelakon utama filem KL Gangster itu dikatakan semakin pulih. Diyana memberitahu peminat, "Alhamdullillah, he's getting better. On drips and antibiotics helps." Namun begitu, sampai bila pelakon kelahiran Singapura itu akan ditahan di wad masih belum diketahui. sinarharian
-- Hafiz Pramugara Tersingkir Masterchef Malaysia 2 14.10.12
No comments:
Post a Comment