Empat termasuk seorang pekerja spa wanita warga China maut manakala
dua lagi cedera parah apabila dua buah kereta yang dipandu laju terbabas
dan melanggar pokok di Jalan Haji Ahmad 1 menghala ke arah Semambu Kuantan semalam.
Mangsa-mangsa yang terbunuh dalam kemalangan ngeri pada pukul 4 pagi
itu ialah pemandu kereta Nissan GTR, Tan Kah Yong, 24, dari Klang,
Selangor dan penumpangnya wanita warga China, Bao Shanshan, 26.
Dua lagi mangsa yang terkorban ialah pemandu kereta Nissan Skyline
iaitu Go Haw Wei, 20, dari Alor Akar di sini dan penumpang sebelah
pemandu Koay Khor Liang, 21, dari Bukit Sekilau di sini.
Dua yang cedera parah juga merupakan warga China yang menaiki Nissan
GTR. Dua mangsa itu juga pekerja spa sama dengan Bao. Mereka ialah Wei
Li Dong, 27, dan Chang Hong Nei, 36.
Pegawai Penguat Kuasa Tadbir/Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen
Pahang, Asisten Superintendan Zainalabidin Othman berkata, sebelum
kejadian kedua-dua buah kereta tersebut dipercayai dipandu laju sehingga
terbabas dan melanggar pokok. kosmo
- (Gambar) Mayat Gadis Kemalangan Viva Dan Lori Tangki Minyak Di Kg Gerai Besut Terengganu
No comments:
Post a Comment