Setelah berteka teki mengenai tarikh perkahwinan, pasangan pelakon
Farid Kamil, 31, dan Diana Danielle, 21, akhirnya mengesahkan bakal
disatukan sebagai suami isteri pada 3 November depan.
Berita gembira itu diumumkan sendiri oleh Farid pada pra tonton filem Pe3 terbitan Metrowealth Movie Productions di sini, pada malam Isnin. "Syukur, hubungan kami mendapat restu keluarga. Insya-Allah kami akan
bernikah pada 3 November ini. Doakanlah kebaikan perkahwinan kami,"
katanya ringkas.