Tiga kajian terbaharu yang disiarkan di Amerika Syarikat (AS) pada
minggu lalu mengesahkan terdapat kaitan antara minuman manis berkarbonat
dan air buah-buahan yang mengandungi kandungan gula tinggi dengan
penularan kegemukan atau obesiti dalam kalangan penduduk AS.
Menurut penulis satu kajian yang disiarkan jurnal New England Journal
of Medicine di online, pengambilan minuman tersebut meningkat lebih dua
kali ganda sejak tahun 1970-an. Kajian itu menyatakan pada tempoh masa yang sama, kadar obesiti dalam kalangan penduduk dewasa AS meningkat 30 peratus.
Berdasarkan kajian pertama, minuman bergula didapati menjejaskan gen
yang mengatur berat dan meningkatkan kecenderungan untuk berat badan
seseorang bertambah. Para penyelidik menggunakan 32 variasi gen yang diketahui akan
memberi kesan terhadap berat badan bagi mewujudkan profil peserta yang
menyertai kajian berkenaan.
Tabiat pemakanan para peserta itu juga dikenal pasti oleh penyelidik selain pengambilan minuman bergula dan amalan senaman. Dua lagi kajian menunjukkan kumpulan kanak-kanak dan remaja yang
diberikan minuman tanpa kalori seperti air mineral atau minuman tanpa
banyak kandungan gula yang mengandungi gula tiruan didapati mengalami
pertambahan berat badan yang sedikit. kosmo
No comments:
Post a Comment