Siti berkata, suaminya benar-benar gembira selepas beliau terbuka
hati untuk melakukan kewajipan sebagai Muslimah iaitu menutup rambut
sepenuhnya ketika menyambut ulang tahun kelahiran yang ke 34 pada 11
Januari lalu."Suami saya adalah antara yang sangat gembira dengan peralihan imej Siti dan boleh dikatakan dia juga merupakan tunggak yang banyak menyokong kepada perubahan ini. "Bagi Siti, ia adalah satu keikhlasan yang datang daripada diri dan berharap agar imej ini kekal sampai bila-bila,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Isnin.
Tambah Siti, dia juga menganggap perubahan yang dilakukan ini berkat daripada doa daripada dirinya sendiri, keluarga serta peminat apatah lagi selepas beliau mengerjakan haji sebelum ini.