my nuffnang

Pages

Saturday, February 15, 2014

Guru Sepak Tumbuk Pelajar Diarah Jalani Pemeriksaan Mental (Gambar)

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak telah mengarahkan guru lelaki yang didakwa mencederakan empat pelajar dua hari lepas, menjalani pemeriksaan kesihatan mental di Hospital Manjung. Timbalan Pengarahnya Mohd Idris Ramli berkata guru berkenaan direhatkan selama seminggu sehingga 19 Feb ini dan diarahkan menjalani pemeriksaan itu berdasarkan  laporan pihak sekolah bahawa guru itu dipercayai mengalami tekanan di samping masalah mental.

Beliau berkata ini kerana tindakannya mencederakan empat pelajar itu dilihat tidak normal berbanding hukuman rotan yang dianggap biasa. Katanya selepas tempoh berkenaan guru yang mengajar mata pelajaran bahasa Inggeris dan komputer di sebuah Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) di Sitiawan itu akan ditempatkan di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Manjung sehingga kes itu selesai.