my nuffnang

Pages

Sunday, December 28, 2014

PU Azman Juara Pencetus Ummah 2 Raih RM100 Ribu (Gambar)

Tahniah diucapkan kepada PU Azman yang muncul juara di dalam program 'Pencetus Ummah 2' yang berlangsung di Dewan Konvensyen Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).


PU Azman yang bekerja sebagai seorang Pakar Motivasi Remaja telah memilih tajuk ‘Takdo Alasan Tinggal Solat!’ bagi tugasan bebas dan dua lagi tugasan pilihan penonton dan Murabbi iaitu ‘Isu Islamfobia’ serta ‘Hati Mati Jasad Layu’.

Di pentas akhir itu, PU Azman berjaya menewaskan tiga finalis lain. Kemenangan itu juga melayakkannya membawa pulang wang tunai bernilai RM100 ribu beserta hadiah iringan lain. Tempat kedua dimenangi oleh PU Faiz dengan membawa pulan wang tunai RM50,000 sementara tempat ketiga dimenangi oleh PU Yusof dan keempat PU Lokman masing-masing berpuasa hati dengan wang tunai RM10,000.

--  Pesawat AirAsia QZ 8501 Surabaya Ke Singapura Hilang 
--  Gambar Anak Kembar Nurul Syuhada Nurul Ain
--  Mangsa Banjir Di Kelantan Meningkat Kepada 93407 Orang (Gambar)
--  Perkahwinan Pengantin 12 Tahun Nur Fazira Saad Dan Mohd Fahmi Mohd Alias 19 Tahun (Gambar)

Sunday, September 21, 2014

Pelajar IPTA Tak Senonoh Dalam Bas Ditahan Polis

Polis menahan sepasang kekasih yang berkelakuan tidak senonoh di dalam sebuah bas ekspres yang dalam perjalanan dari Terengganu menuju Kuala Lumpur pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata pihaknya menerima aduan berhubung kejadian itu daripada pemandu bas berkenaan kira-kira 2.01 pagi.

"Dia mendapati pasangan itu yang berumur 20 tahun sedang melakukan perkara tidak senonoh di tempat duduk penumpang ketika di Chendor. "Berikutan itu pasangan tersebut yang merupakan pelajar jurusan Diploma Perakaunan sebuah insitusi pengajian tinggi awam di Terengganu ditahan untuk diambil keterangan," katanya. Pasangan berkenaan yang sedang bercuti untuk mengulang kaji pelajaran, mengaku melakukan perbuatan itu. sinarharian

-- Pelajar UiTM Fatin Farradia Maut Dirempuh Kereta Pensyarah Dalam Kampus Di Shah Alam (Gambar)
-- Wanita Bersalin Di KLIA Sebaik Pesawat Mendarat (Gambar)
-- Polis Dihukum Buat Seks Oral Pelajar Tingkatan Tiga (Gambar)
-- Seks Dalam Kereta Pasangan Kekasih Larikan Diri Kemalangan Di Plaza Tol Damansara (Gambar)

Wednesday, August 13, 2014

Robin Williams Ditemui Mati Disyaki Bunuh Diri (Gambar)

Pemenang anugerah Oscar dan pelawak Robin Williams ditemui mati di rumahnya di California disyaki akibat bunuh diri, demikian menurut pihak polis. Menurut kenyataan pihak berkuasa, mendiang yang berusia 63 tahun ditemui mati sebelum tengah hari di rumahnya di Tiburon, California Utara.


"Pada masa ini, Pejabat Bahagian Koroner Sheriff mengesyaki kematiannya berpunca daripada bunuh diri akibat asfiksia (lemas dan sukar bernafas)," kata kenyataan itu. Menurut laporan media Amerika Syarikat, pelakon veteran itu menghadapi masalah kemurungan. Menjadi salah seorang penghibur paling dicintai di AS ketika generasinya, Williams sangat terkenal menerusi sitkom terkenal, Mork & Mindy. mstar

--  Honda Jazz 2014 Harga Spesifikasi Dan Pilihan Warna (Gambar)
--  Irma Hasmie Bersalin Anak Kedua Di Prince Court (Gambar)
--  Pernikahan Imam Muda Naufal Dan YM Tengku Hasanah Di Taman Hillview (Gambar)
--  Polis Dihukum Buat Seks Oral Pelajar Tingkatan Tiga (Gambar) 

Wednesday, July 23, 2014

Kiki CDM25 Didenda RM5000 Dan Kerja Kemasyarakatan 240 Jam (Gambar)

Siti Fairrah Ashyikin Kamaruddin atau Kiki, yang didakwa kerana bertindak ganas dengan membuli seorang warga emas, Isnin lalu didenda RM5,000, selain melakukan kerja komuniti selama 240 jam oleh Mahkamah Sesyen.


Hakim Datuk Zainal Abidin Kamarudin membuat ketetapan itu selepas tertuduh yang berusia 30 tahun itu mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan kerosakan terhadap kereta jenis Toyota milik warga emas, Sim Siak Hong, 68, di hadapan Pusat Transformasi Bandar (UTC) pada 14 Julai lalu.

Kiki ditahan pada pukul 4 petang, Khamis lalu di Ibu Pejabat Polis Daerah bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan lewat malam hari yang sama selepas pihak polis berpuas hati dengan keterangan yang diberikannya. Tindakan ganas Kiki membuli Siak Heong atau Uncle Sim itu selepas warga emas berkenaan secara tidak sengaja melanggar keretanya.

Menerusi video yang dimuat naik di laman sosial, Facebook, Twitter dan You Tube, wanita itu dilihat mengetuk kereta lelaki berkenaan dengan pengunci stereng kereta milik Uncle Sim. Aksi Kiki mendapat pelbagai komen dari pengguna media sosial yang tidak berpuas hati dengan tindakannya yang dianggap biadap itu. mstar

--  Kiki CDM25 Peugeot 208 Kerja Kahwin Mohon Maaf
--  Aien Kembar Ekin Mawi Bersalin Anak Kembar (Gambar)
--  Kiki CDM25 Pengunci Stering Ditahan Polis (Gambar)
--  Pernikahan Imam Muda Naufal Dan YM Tengku Hasanah Di Taman Hillview (Gambar)

Thursday, May 22, 2014

Tasha Shilla Dan Kekasih Muay Thai Han Chen Wong Di MIMMA 2 (Gambar)

Peninju Muay Thai yang juga kekasih kepada Tasha Shilla iaitu Han Chen Wong memberitahu kehadiran aktres berkenaan untuk memberi sokongan ketika dia menyertai perlawanan Ladder Match Malaysia Mixed Martial Arts (MIMMA 2) musim kedua yang diadakan di Paradigm Mall pada Ahad memberi lebih keyakinan sehingga dia menang acara itu.


Han, 24, berkata, dia terkejut dengan semangat Tasha yang turut berada di gelanggang sepanjang perlawanan itu berlangsung. "Ia adalah pertama kali saya menyertai MIMMA kerana sebelum ini saya hanya fokus kepada Muay Thai sahaja tetapi kehadiran Tasha sangat bermakna buat saya kerana saya menjadi lebih yakin untuk bertarung. "Dari jauh saya dengar suaranya memberikan kata-kata semangat dan kehadirannya membantu saya untuk memenangi pertandingan itu," katanya.

Wednesday, May 14, 2014

Liyana Jasmay Bersalin Anak Perempuan 2.9kg Di Prince Court

Liyana Jasmay, 26, selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.9 kilogram pada pukul 7.40 malam, pada Isnin. Ibunya, Datin Habsah Simpon berkata, Liyana yang kini berada di Pusat Perubatan Prince Court, bersalin secara normal dan kini berada dalam keadaan baik.


"Alhamdulillah semuanya berjalan lancar Liyana dimasukan ke Pusat Perubatan Prince Court pada Ahad kerana sudah ada tanda-tanda untuk bersalin. "Kira-kira pukul 7.40 malam Isnin dia selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.9 kilogram secara normal," katanya.

Tambahnya, buat masa ini Liyana masih belum memberitahu nama yang dipilih untuk diberikan kepada bayi sulungnya itu. Liyana mendirikan rumah tangga dengan Fathuddin Mazlan, 30, pada 2 Februari 2013 dalam satu majlis yang diadakan di Hotel Seri Pacific. mstar

--  Aien Kembar Ekin Mawi Bersalin Anak Kembar (Gambar)
--  Pembaca Berita TV3 Dicium Brian McKnight Atas Pentas Konsert Di PWTC?
--  Gambar Perkahwinan Dia Fadila Dan Redza Tan Sri Dr Abdullah Sanusi
--  Pelajar Malaysia Dirogol Bergilir Gilir Di Bandung

Tuesday, May 13, 2014

Saiz Payudara Tasha Shila Bualan Hangat Di Laman Sosial (Gambar)

Secara tiba-tiba foto pelakon Tasha Shila sedang memegang segelas minuman kesihatan menjadi ‘viral’ di laman sosial. Rata-rata peminat telah memberi komen mengenai saiz payudara aktres itu yang kelihatan semakin bertambah saiznya.


Memang agak seksi foto Tasha bersama T-Shirt sendat berwarna putih yang dipakainya itu sehingga jelas menampakkan bentuk badannya yang terkini. Jika sebelum ini kecoh tentang Tasha Shila ke negara jiran untuk membuat pembedahan plastik dan mengubah bentuk hidungnya, adakah kali ini dia melakukan rawatan yang sama, tetapi di bahagian yang dikatakan aset wanita itu? murai.com

--  Aksi Cium Mulut Kris Dayanti & Raul Lemos Di Sidang Media
--  Ayah Buat Seks Dengan Anak Mesej Lucah Tiap Kali Isteri Tiada Di Rumah (Gambar)
--  (Gambar) Fasha Sandha Di Parti Halloween
--  Pembaca Berita TV3 Dicium Brian McKnight Atas Pentas Konsert Di PWTC?

Tuesday, April 29, 2014

Rebecca Nur Al Islam Dan Baju Merahnya (Gambar)

Persalinan serba merah Rebecca Nur Al-Islam pula menjadi mangsa tidak puas hati peminat. Dalam satu kiriman emel, peminat itu memberitahu bahawa pakaian yang dikenakan Rebecca adalah sangat tidak sesuai kerana menampakkan susuk tubuhnya dengan jelas.


Lebih menyedihkan menurut peminat itu lagi, ramai yang mengecam Rebecca, gara-gara pakaiannya yang terlalu menjolok mata sehigga menggelarkannya sebagai ‘Teletubbies Masuk Islam’. Memang berat tuduhan tersebut, tetapi bagi Murai Batu pula sebagai selebriti yang sering menjadi perhatian, Rebecca seharusnya lebih sensitif dengan penampilannya.

Bagaimanapun, pengirim emel tersebut tidak pula menyatakan lokasi atau majlis apa yang dihadiri Rebecca itu. Yang Murai Batu tahu, gambar Rebecca dalam persalinan serba merah itu diambil daripada akaun peribadi pelakon tersebut. murai.com

--  (Gambar) Fasha Sandha Berbikini Di Bali.. Phewiittt!!!!!
--  Aien Kembar Ekin Mawi Bersalin Anak Kembar (Gambar)
--  Nora Danish Sambut Hari Jadi Di Kelab Malam Haram? (Gambar)
--  (Gambar) Mayat Gadis Kemalangan Viva Dan Lori Tangki Minyak Di Kg Gerai Besut Terengganu 

Rumah Anak Zahid Hamidi Nurul Hidayah Dipecah Masuk

Rumah anak sulung Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Nurul Hidayah Ahmad dipecah masuk oleh bekas pemandu anaknya itu pada Sabtu.


Nurul Hidayah memberitahu polis bahawa dia mengesyaki kejadian tersebut dilakukan oleh bekas pemandunya yang masuk ke dalam rumahnya di Country Height dengan menggunakan kunci rumah yang diberikan kepada suspek ketika dia masih berkhidmat dengannya. Suspek dipercayai melarikan dua jam tangan berjenama dengan wang tunai berjumlah RM1,000.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Abdul Rashid Wahab mengesahkan kejadian tersebut. Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan. Sementara itu, Ahmad Zahid turut mengesahkan kejadian tersebut namun beliau berkata tiada siapa yang cedera dalam insiden berkenaan dan 'hanya' beberapa barang sahaja yang hilang daripada rumah berkenaan. mstar

--  Shila Amzah Pakai Gaun Pendek Dan Seluar Ketat ND Lala Beri Penjelasan (Gambar)
--  Pernikahan Fizz Fairuz Dan Almy Nadia Di Balik Pulau (Gambar)
--  (Gambar) Fasha Sandha Berbikini Di Bali.. Phewiittt!!!!!
--  Nadia Shahrul Annuar, Bekas Pengacara TV3 Bercerai
--  Koleksi Gambar Perkahwinan Nur Nadia SM Nasimuddin, Jom Tgk

Monday, April 28, 2014

Shila Amzah Pakai Gaun Pendek Dan Seluar Ketat ND Lala Beri Penjelasan (Gambar)

ND Lala meminta supaya jangan menghukum anaknya, Shila Amzah disebabkan pakaian yang dikatakan tidak sesuai dengan imej bertudungnya apabila mengenakan dress pendek ketika pertandingan nyanyian di Shanghai, I Am Singer awal bulan lalu.


Sebaliknya, sebagai ayah dia bertangunggjawab atas apa yang berlaku ke atasnya kerana ketika itu dia yang mengetahui situasi dan hal sebenarnya.

Monday, April 14, 2014

Anak Ketua Pramugara MH370 Maira Elizabeth Terima Jersi Liverpool (Gambar)

Anak perempuan Andrew Nari, ketua pramugara dalam pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang 8 Mac lalu, menerima jersi Liverpool FC yang ditandatangani daripada kelab bola sepak itu.


Dalam tulisannya di Facebook pada malam Sabtu, Maira Elizabeth memuat naik gambarnya memakai jersi Liverpool yang mengandungi tandatangan pemain dan pengurus pasukan itu. Jersi itu turut tertera dengan nama Andrew Nari berserta nombor satu.

Friday, April 11, 2014

Puting Agnez Mo Tersembul Keluar Dalam Coke Bottle MV? (Gambar)

Tengah Murai Batu sedap-sedap minum kopi di sebuah kafe malam tadi, tiba-tiba telefon bimbit Murai Batu berdering. Nombor telefon yang keluar dari pemanggil datangnya dari seorang teman dari negara seberang. Kebetulan dah lama Murai Batu tak borak-borak dengan teman dari Indonesia ni.


So, Murai Batu pun excitedlah untuk jawab panggilan tersebut. Macam-macam yang dia tanya MUrai batu termasuklah tentang perkembangan #MH370. Kemudian, dia tanya Murai Batu, dah tengok tak muzik video internasional Agnez Mo berjudul Coke Bottle yang menampilkan rapper Timbaland dan T.I?

Thursday, March 06, 2014

Gadis Melayu Pilihan Lelaki Kerana

Apa istimewanya gadis Melayu sehingga sentiasa menjadi tatapan dan idaman kalbu para jejaka? Apabila ditanyakan kepada teman-teman sepejabat dan rakan-rakan di gelanggang Muay Thai, pantas tersenyum nakal apabila disebut perkataan Gadis Melayu. Ada apa dengan gadis Melayu, wahai cik abang? 



Badan melentik - Perasan atau tidak gadis Melayu miliki bentuk badan macam kerengga. Ramping dan “berisi” di tempat yang betul. Patutlah cantik sahaja kalau berkebaya! 

Manja - Setiap kali ditanyakan personality gadis Melayu yang disukakan, mesti manja macam Nora Danish menjadi sebutan bibir para jejaka. Memang lumrah wanita Melayu bersifat lembut dan manja, manja dari segi gaya percakapan dan manja lagi dari segi layanan.

Malu tapi mahu - Gadis Melayu juga terkenal dengan ciri pemalu. Kalau bercakap, mesti berlapik. Sejuk hati abang tengok si gadis idaman miliki sifat pemalu. 

Cun - Mata besar, hidung mancung dan kulit cerah, Matsalleh yang datang berkunjung ke Malaysia selalu samakan wanita Melayu dengan gadis Latina. Hakikatnya gadis Melayu nampak jelita semacam kerana kebanyakannya miliki darah kacukan bahagian benua Timur Tengah. Contohnya sahaja seperti Neelofa dan Izara Aishah.

Bersih - Ada juga yang memberi komen bahawa gadis Melayu ini bersih. Mungkin kerana amalan permakanan jamu seperti saudara serumpun, gadis-gadis dari Indonesia. sumber: newsmylaunchpad

--  Rozita Che Wan Mengandung? Zain Saidin Berdebar (Gambar)
--  (Gambar) Fasha Sandha Berbikini Di Bali.. Phewiittt!!!!!
--  Hanez Suraya Dipeluk Lelaki Sekadar Kawan Rapat (Gambar)
--  Nana Mahazan Bersalin Anak Kedua (Gambar)
--  Rozita Che Wan Pakai Baju Ketat Jaga Badan (Gambar)

Tuesday, March 04, 2014

Cara Lindungi Diri Dari Jerebu 5 Langkah

Rasa penat dan sering haus? Lindungi diri anda dari serangan virus dan bakteria ketika jerebu. Ikuti lima cara ini untuk menjaga kesihatan diri anda.


Kurangkan aktiviti luar - Kepada mereka yang biasanya melakukan aktiviti luar seperti berlari, bersenam di taman dan bermain dengan anak-anak, anda dinasihati untuk lakukan aktiviti-aktiviti ini di dalam rumah. Contohnya, bersenam aerobik di rumah dan juga melakukan aktivit bersama-sama anak-anak di rumah. Ini adalah untuk mencegah daripada bernafas udara yang tercemar daripada jerebu. 

Monday, March 03, 2014

Manchester City Juara Piala Liga Kalahkan Sunderland (Gambar)

Aksi final yang berlangsung di Stadium Wembley, Yaya Toure, Samir Nasri dan Jesus Navas masing-masing menjaringkan gol menarik untuk menghadiahkan kemenangan buat City. Bagaimanapun, City dikejutkan dengan gol awal Sunderland menerusi Fabio Borini di minit ke-10, selepas dia bijak menggunakan peluang hasil kesilapan kapten City, Vincent Kompany yang gagal mengawal bola dengan baik. 


Tersentak dengan jaringan pembukaan itu, City terus mengasak namun Sunderland berjaya mengekalkan kedudukan, mendahului perlawanan 1-0 sehingga tamat babak pertama. Pun begitu, kegembiraan Sunderland tidak kekal lama di separuh masa kedua apabila Yaya Toure muncul melakukan rembatan deras di luar kotak penalti untuk menyamakan kedudukan 1-1 di minit ke-55.

Seminit kemudian (M56), Man City berjaya menambah jaringan, kali ini menerusi Samir Nasri selepas pemain itu melakukan rembatan mengelirukan untuk menewaskan penjaga gol lawan. Kelekaaan pertahanan Sunderland terus dihukum dan membenarkan Man City berada di kedudukan selesa selepas Jesus Navas Gonzalez menyumbang gol ketiga hasil rembatan derasnya.

Kekalahan itu sekaligus memusnahkan harapan Sunderland untuk memburu piala major pertamanya sejak kali terakhir memenangi Piala FA pada 1973.

-- Rozita Che Wan Mengandung? Zain Saidin Berdebar (Gambar)
-- (Gambar) Erra Fazira Dpt Hadiah LV Sempena Anniversary
-- Ammar Percaya Ibu Bapanya Akan Didapati Bersalah Dan Dipenjarakan Di Sweden (Gambar)
-- Rozita Che Wan Pakai Baju Ketat Jaga Badan (Gambar)

Tuesday, February 25, 2014

Ariana Rose Popularkan Fathia Dan Keith Foo (Gambar)

Watak sebagai seorang Muslim yang saya bawa menerusi drama ini hanyalah sekadar lakonan semata-mata,” kata aktor kacak, Keith Foo mengenai dakwaan lakonannya menerusi drama nombor satu, Ariana Rose, mempersendakan agama Islam. Menjelaskan lebih lanjut mengenai perkara itu, Keith akui bersyukur kerana diberi peluang untuk membawakan watak seperti itu (beragama Islam) kerana pada masa yang sama dapat belajar banyak perkara daripadanya.


“Saya memang tidak ada masalah bawa watak ini kerana pada masa yang sama banyak yang saya belajar terutamanya berkaitan agama Islam. “Ini bukanlah kali pertama saya bawa watak seperti ini kerana sewaktu di Indonesia dahulu sudah beberapa kali saya mainkan watak yang sama,” katanya ketika ditemui pada tayangan eksklusif drama Ariana Rose.

Monday, February 24, 2014

Senarai 20 Terkaya Di Malaysia (Gambar)

Robert Kuok, hartawan Malaysia yang berpangkalan di Hong Kong, kekal lelaki paling kaya di Malaysia dengan kekayaan RM54.48 bilion berbanding RM46.1 bilion tahun lepas, diikuti ahli perniagaan T. Ananda Krishnan dan tokoh perbankan Public Bank Tan Sri Teh Hong Piow.


Ananda, mengekalkan posisi kedua sejak 2004 dengan aset yang dimilikinya menerusi Usaha Tegas Sdn Bhd bernilai RM33.19 bilion, peningkatan sebanyak 0.88 peratus daripada RM32.90 bilion tahun lepas. Hong Piow, kekal di tempat ketiga sejak tiga tahun lepas, dengan aset bernilai RM18.07 bilion, lapor Malaysian Business, majalah Perniagaan utama dalam terbitan 16 Februari.

Saturday, February 15, 2014

Guru Sepak Tumbuk Pelajar Diarah Jalani Pemeriksaan Mental (Gambar)

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak telah mengarahkan guru lelaki yang didakwa mencederakan empat pelajar dua hari lepas, menjalani pemeriksaan kesihatan mental di Hospital Manjung. Timbalan Pengarahnya Mohd Idris Ramli berkata guru berkenaan direhatkan selama seminggu sehingga 19 Feb ini dan diarahkan menjalani pemeriksaan itu berdasarkan  laporan pihak sekolah bahawa guru itu dipercayai mengalami tekanan di samping masalah mental.

Beliau berkata ini kerana tindakannya mencederakan empat pelajar itu dilihat tidak normal berbanding hukuman rotan yang dianggap biasa. Katanya selepas tempoh berkenaan guru yang mengajar mata pelajaran bahasa Inggeris dan komputer di sebuah Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) di Sitiawan itu akan ditempatkan di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Manjung sehingga kes itu selesai.

Wednesday, February 12, 2014

BR1M 3.0 Dikredit Dalam Akaun 22 Februari

Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 3.0 akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank pemohon pada 22 Februari ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Menerusi laman Facebooknya pada Selasa, Najib berkata, bagi pemohon yang tiadaakaun bank atau tidak sempat mengemaskini maklumat perbankan mereka, bayaran BR1M akan dibuat secara berperingkat bermula 23 Februari.

Pendaftaran permohonan BR1M bagi pemohon baharu ditutup pada 31 Januari lepas, sementara bagi penerima sebelum ini mereka hanya perlu mengemaskini maklumat peribadi termasuk alamat, maklumat anggota keluarga dan akaun bank.

Dalam pembentangan Bajet 2014 yang diumumkam Najib pada Oktober lepas, isirumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah yang layak akan menerima bantuan BR1M sebanyak RM650, sementara individu bujang yang berpendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan akan menerima bantuan RM300.

--  Wan Sakinah Dan Baby Bump Bersama Ashraf Muslim (Gambar)
--  Zizan Nafi Bercumbu Dengan Emma Maembong Dalam Kapal Terbang
--  Uqasha Senrose Dan Pekin Bercuti Di Phuket (Gambar)
--  Polis Dihukum Buat Seks Oral Pelajar Tingkatan Tiga (Gambar)