my nuffnang

Pages

Wednesday, November 23, 2011

Majistret Kekal Dijel 3 Tahun, Denda RM40 Ribu

Mahkamah Tinggi mengekalkan hukuman penjara tiga tahun dan denda RM40,000 terhadap seorang majistret yang disabitkan bersalah atas dua pertuduhan rasuah, kira-kira dua tahun lalu.

Hakim Datuk Azman Abdullah berkata, Hakim Mahkamah Sesyen, Sabariah Othman telah membuat keputusan yang tepat dan tidak terkhilaf dalam membuat keputusan terhadap Mohd. Firdaus Ramlan, 29, pada 3 Oktober tahun lalu.

Bekas Timbalan Pendakwa Raya Dipenjara, Denda RM10 Ribu

Seorang bekas timbalan pendakwa raya (TPR) dihukum penjara sehari dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen selepas didapati bersalah atas tuduhan meminda minit kertas arahan siasatan yang melibatkan tiga suspek kes dadah, dua tahun lalu.

Hakim Wan Mohd. Norisham Wan Yaakob memutuskan sabitan dan hukuman itu selepas berpuas hati bahawa pembelaan Md. Azar Irwan Mohd. Arifin, 32, gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap pertuduhan itu.