Amar Baharin mengalami cedera di bahagian kening akibat ditumbuk ketika menjalani penggambaran drama Jalan Cinta Ke Syurga di Rawang pada pagi Ahad.
Amar, 30, berkata, kejadian berlaku ketika dia bersama 10 pelakon
tambahan berlakon dalam babak aksi dan ketika penggambaran berlangsung,
dia terkena tumbukan daripada salah seorang daripada mereka, seorang
pelakon baharu bernama Redza.