Bekas penyiasat persendirian P. Balasubramaniam atau lebih dikenali
sebagai PI Bala, meninggal dunia akibat serangan jantung di sebuah
klinik di Rawang pada Jumaat. Ahli Parlimen Subang R. Sivarasa, yang juga Anggota Majlis Pimpinan
Pusat PKR memaklumkan, Balasubramaniam mengalami masalah pernafasan dan
meninggal dunia pada 1.40 petang.
Mendiang sepatutnya dalam perjalanan ke Hospital Sungai Buloh dari rumahnya di Rawang pada kira-kira 1.30 petang ini, katanya. Beliau berkata Balasubramaniam yang baru sahaja pulang ke negara ini
dari India, mengalami masalah jantung dan dimasukkan ke Subang Jaya
Medical Centre (SJMC) mingggu lepas.
Mendiang dijangka menjalani pembedahan pintasan jantung dalam tempoh
tiga minggu dan dibenarkan keluar dari hospital itu Selasa lepas. mstar
-- Kenaikan Gaji Kakitangan Awam Mulai 1 Julai 2013
-- Ibu Catriona Ross Maut Nahas Kereta - Bas Di Gerik (Gambar)