my nuffnang

Pages

Wednesday, December 14, 2011

Fizo Takut Diisytihar Muflis, Hutang RM2 Juta

Tiada apa yang lebih menakutkan bagi seseorang yang gagal melunaskan pinjaman bank melainkan diisytiharkan muflis atau bankrap.

Itulah masalah berat pelakon popular, Wan Hafizol Wan Omar atau terkenal dengan nama glamornya, Fizo Omar apabila sebuah bank kini memburunya kerana dikatakan gagal melunaskan pinjaman sebanyak RM2 juta.

Tuesday, December 06, 2011

Lapan Ferrari Dan 1 Lamborghini Berlanggar Bernilai RM12.07 Juta

Lapan buah kereta sport Ferrari, sebuah Lamborghini dan dua buah kereta Mercedes berlanggar di sebuah lebuh raya di Shimonoseki, tenggara Jepun kelmarin.

Menurut agensi berita AP, polis menyatakan perlanggaran itu disebabkan salah seorang pemandu sebuah Ferrari itu cuba untuk mengubah laluan sebelum kereta tersebut merempuh penghadang jalan.

Friday, November 25, 2011

(Gambar) Banjir Di Kelantan, Terengganu Makin Buruk

Keadaan banjir di Terengganu dan Kelantan semakin buruk apabila jumlah mangsa yang dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan terus bertambah semalam.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negeri Terengganu berkata, seramai 2,717 orang telah ditempatkan di 46 buah pusat pemindahan di lima buah daerah di negeri tersebut.

Katanya, daerah paling terjejas teruk ialah Setiu apabila seramai 1,540 mangsa daripada 400 keluarga telah dipindahkan ke 16 buah pusat pemindahan. kosmo

-- (Gambar) Banjir Di Kelantan Bertambah Buruk, Terengganu Beransur Pulih
-- Gambar Fasha Sandha Di Majlis Majalah Lisa, Perhh
-- Terkini Banjir Makin Buruk Di Terengganu 1,638 Dipindahkan
-- Gambar Hot Zarina Ann Jolie Di Majalah FHM Indonesia

Wednesday, November 23, 2011

Majistret Kekal Dijel 3 Tahun, Denda RM40 Ribu

Mahkamah Tinggi mengekalkan hukuman penjara tiga tahun dan denda RM40,000 terhadap seorang majistret yang disabitkan bersalah atas dua pertuduhan rasuah, kira-kira dua tahun lalu.

Hakim Datuk Azman Abdullah berkata, Hakim Mahkamah Sesyen, Sabariah Othman telah membuat keputusan yang tepat dan tidak terkhilaf dalam membuat keputusan terhadap Mohd. Firdaus Ramlan, 29, pada 3 Oktober tahun lalu.

Bekas Timbalan Pendakwa Raya Dipenjara, Denda RM10 Ribu

Seorang bekas timbalan pendakwa raya (TPR) dihukum penjara sehari dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen selepas didapati bersalah atas tuduhan meminda minit kertas arahan siasatan yang melibatkan tiga suspek kes dadah, dua tahun lalu.

Hakim Wan Mohd. Norisham Wan Yaakob memutuskan sabitan dan hukuman itu selepas berpuas hati bahawa pembelaan Md. Azar Irwan Mohd. Arifin, 32, gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap pertuduhan itu.

Sunday, November 20, 2011

Malaysia 1-0 Myanmar, Layak Ke Final Sukan Sea 2011

Malaysia berjaya menempah tiket ke perlawanan akhir bola sepak apabila menewaskan Myanmar 1-0. Jaringan kemenangan Malaysia dilakukan Ahmad Fakri Shaarani pada minit ke-85.

Malaysia menjadi pasukan pertama yang melayakkan diri ke perlawanan akhir yang bakal berlangsung Isnin ini.


Thursday, November 17, 2011

Malaysia 1-0 Indonesia Sukan Sea 2011

Malaysia  menang 1-0 Indonesia hasil jaringan Shahrul Azuari minit ke 26. Seterusnya layak ke separuh akhir bolasepak Sukan Sea menentang Myanmar. Permainan yg kemas dipamerkan anak buah Ong Kim Swee w/pun byk kekasaran drp pemain Indonesia sehingga coach Malaysia diarah tinggalkan bangku pemain krn membuat bantahan terhadap corak permainan lawan.

Tahniah utk Harimau Malaya krn berjaya tewaskan Indonesia yg secara psikologi turut dibantu sokongan ribuan rakyat mereka. Khairul Fahmi a.k.a Apek juga byk menyelamatkan pintu gol Malaysia dibantu barisan pertahanan kental. Izzat Faris dan Khairol Baktiar dilayangkan kad kuning.

Pepun, semoga Malaysia terus cemerlang dlm perlawanan seterusnya dan berjaya muncul juara mengekalkan pingat emas Sukan Sea Laos 2009.

-- Najwa Mahiaddin (Anak TPM) Lali Kejayaan Dikait Dgn Status Keluarga
-- (Gambar) Wilma Muhammad Kembali Ke Layar Perak
-- Gambar Fasha Sandha Di Majlis Majalah Lisa, Perhh

Saturday, October 08, 2011

Skim Rumah Pertamaku Naik Ke RM400 Ribu Bajet 2012, Wow!!!!

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan mencadangkan supaya had maksimum harga rumah dalam Skim Rumah Pertamaku dinaikkan daripada RM220,000 kepada RM400,000.

“Penambahbaikan itu boleh dinikmati oleh pembeli rumah melalui pinjaman bersama suami isteri bermula Januari 2012,” katanya semasa membentangkan Bajet 2012 di Dewan Rakyat semalam.

Tuesday, September 27, 2011

Gambar Fauziah Ghouse Dan Iqram Kemalangan, Kereta Remuk

Iqram Dinzly dan Fauziah Ghouse terlibat dlm kemalangan tp kedua dua mereka selamat cuma kereta Satria Neo Iqram agak teruk keadaannya.


Kesian Iqram dan Fauziah, seb baik xde apa2 kan.

-- Gambar Majlis Resepsi Ashraf Muslim Dan Dayana Di Gombak
-- Tolak Seks, Nurul Awatif Dibunuh Dibakar Di Ampang Jaya
-- Gambar Datuk Awang Jabar Maut Kemalangan di Km 26 Jln K Terengganu Kemaman Dungun
-- Gambar Anak Erra Fazira, Aleesya Yg Makin Comel

Friday, September 23, 2011

Gambar Lisa Surihani Dan Yusry Di Rumah Terbuka Aidilfitri KRU Studios

Wah mmg sepadan betul Lisa Surihani n Yusry Kru ni kan. Pakaian sedondon plak tu makin cute couple femes ni. Gambar Lisa Surihani dan Yusry di Rumah Terbuka Aidilfitri KRU Studios di rumah Norman.


Dua dua comel kan?

-- (Gambar) Lisa Surihani Dan Yusry Di Majlis Ulang Tahun KRU Studios
-- (Gambar) Erra Fazira Dpt Hadiah LV Sempena Anniversary
-- Fida Dan Mamat Sepah Mengaku Rapat

Thursday, September 22, 2011

Malaysia 0-2 Jepun Kelayakan Olimpik 2012 21.9.11

Pasukan Olimpik Malaysia gagal menyaingi kepantasan skuad Olimpik Jepun apabila tunduk 2-0 pada perlawanan pertama Kumpulan C Kelayakan Olimpik 2012 di Stadium Tosu, Jepun 21.9.11. Gol pertama skuad Samurai Biru itu dihasilkan oleh Higashi Keigo pada minit ke-9 perlawanan.


Bagaimanapun kecekapan penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat yang menyelamatkan beberapa percubaan bahaya pasukan tuan rumah itu memberi sedikit kelegaan kepada barisan negara untuk bangkit pada separuh masa kedua. Ternyata hantaran tepat dan kepantasan yang dipamerkan skuad muda Jepun ini telah membuatkan benteng pertahanan negara terpaksa bekerja keras.

Thursday, September 08, 2011

Gambar Perkahwinan Ashraf Muslim Dan Dayana Di Mekah

Tahniah kepada Ashraf Muslim dan Dayana yg telah selamat diijabkabulkan pd 1 Syawal 1432H di Tanah Suci Kota Mekah. Semoga hubungan mereka kekal hingga ke akhir hayat.


Jom tgk gambar2 perkahwinan mereka.

Tuesday, September 06, 2011

Keluarga Allahyarham Noramfaizul Dapat Pampasan RM200,000

Keluarga jurukamera BernamaTV Noramfaizul Mohd Nor yang maut akibat terkena tembakan curi di Mogadishu, Somalia akan menerima pampasan sebanyak RM200,000 di bawah perlindungan insurans yang dibeli oleh Kelab Putera 1Malaysia.


(Gambar) Kris Dayanti Dan Raul Dpt Anak Perempuan

Kris Dayanti, 36, selamat melahirkan seorang bayi perempuan, Amora Arianna Lemos melalui pembedahan pada pukul 3.21 petang (waktu Malaysia) di Rumah Sakit Mitra, Jakarta. Ini merupakan anak pertama hasil perkahwinannya dengan seorang ahli perniagaan, Raul Lemos. Mereka berkahwin pada bulan Mac lalu.


Tuesday, August 23, 2011

(Gambar) Patung Monyet Pakai Jaket Utk Cegah Pandu Laju

Polis China menggunakan patung-patung monyet yang dipakaikan dengan jaket pemantul cahaya sebagai usaha untuk menghalang pemandu memandu kenderaan dengan laju, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Friday, August 19, 2011

Tony Fernandes Pemilik Baru Kelab Bola Queens Park Rangers (QPR)

Pemilik AirAsia dan anggota Lembaga Pengarah Penerbangan Malaysia (MAS), Tan Sri Tony Fernandes kini sah pemilik baru kelab bolasepak Liga Perdana Inggeris, Queens Park Rangers (QPR).

Berita mengenai pembelian saham majoriti kelab tersebut oleh Fernandes telah mendapat liputan meluas boleh dikatakan semua media utama Britain. Beliau telah membeli kesemua 66 peratus saham yang dipegang oleh supremo Formula One, Bernie Ecclestone di dalam kelab tersebut.