my nuffnang

Pages

Tuesday, September 10, 2013

Awas Penyegar Udara Berbahaya

Penyegar udara yang sering diletakkan di dalam kereta kita ataupun di rumah mungkin berbau nyaman tetapi ia boleh mendatangkan kemudaratan tanpa kita sedari. Enam produk penyegar udara yang biasa digunakan yang ditemui di pasar raya dan kedai di seluruh negara telah diuji oleh sekumpulan pengguna, mengandungi empat bahan kimia berbahaya iaitu - toluena, benzena, formaldehid dan phthalates.


Kesemua produk didapati mengandungi salah satu daripada bahan kimia terbabit pada paras tertinggi dengan phthalates - bahan mengganggu sistem endokrin (EDS) - terkandung dalam empat daripada enam produk tersebut. Pendedahan dalam tempoh yang lama kepada EDS boleh menjejaskan sistem imun dan otak.