my nuffnang

Pages

Saturday, October 13, 2012

Kelantan 2-0 Selangor, Separuh Akhir Kedua Piala Malaysia 2012

Pasukan Kelantan berjaya mara ke final Piala Malaysia selepas menumpaskaan Selangor, 2-0 pada aksi penuh dramatik separuh akhir kedua di Stadium Shah Alam, Jumaat. Kelantan mara ke final secara agregat 3-0 selepas turut mencatat kemenangan 1-0 pada aksi pusingan separuh akhir pertama minggu lalu.


Aksi serangan pantas kedua- dua pasukan gagal membuahkan gol pada babak pertama permainan. Namun bermula babak kedua, skuad Kelantan yang dibimbing oleh Bojan Hodak tampil lebih agresif mencari gol melalui dua penyerangnya, Mohamad Ghaddar dan Nor Shahrul Idlan Talaha.

Manakala pasukan Selangor yang dikendalikan Irfan Bakti Abu Salim ini turut melakukan percubaan bahaya melalui pemain importnya, Basko Balaban sebelum dihantar keluar padang selepas menerima kad merah pada minit ke-87 permainan.

Pemain import Kelantan dari Labenon, Ghaddar meledakkan gol pertama permainan pada minit ke-84 selepas berjaya memperdaya barisan pertahanan tuan rumah. Sementara gol kedua dijaringkan oleh Badri Radzi melalui sepakan percuma pada masa tambahan perlawanan (m-94). Kemenangan skuad Kelantan ini sekaligus mencerahkan peluang untuk meraih gelaran kedua Piala Malaysia selepas menjadi juara 2010.

Sebaliknya Selangor gagal dalam 'Misi 33' yang disasarkan mereka. Menanti Kelantan pada final 20 Oktober ini ialah pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang turut menumpaskan Lions XII dalam aksi sama pada Khamis.

Senarai pemain;
SELANGOR: Mohd Razman Roslan, Ramez Dayoud, Adip Aizuddin Latif, Safiq Rahim, Solihin Kanasian, Basko Balaban, Mohd Bunyamin Umar, Mohd Amri Yahya, Norazlan Razali (GK), Mohd Rozaimi Abdul Rahman, S.Vanood

KELANTAN: S.Subramaniam, Obinna Nwaneri, Nik Mohd Shahrul Azim, Mohd Shakir Shaari, NorShahrul Idlan Talaha, Mohd Norfarhan, Mohd Nurul Azwan Roya, Indra Putra Mahiyudin, Mohd Daudsu Jamaluddin, Khairul Fahmi Che Mat, Mohamed Ghadar. mstar

No comments: