Apa istimewanya gadis Melayu sehingga sentiasa menjadi tatapan dan
idaman kalbu para jejaka? Apabila ditanyakan kepada teman-teman
sepejabat dan rakan-rakan di gelanggang Muay Thai, pantas tersenyum
nakal apabila disebut perkataan Gadis Melayu. Ada apa dengan gadis
Melayu, wahai cik abang?
Badan melentik - Perasan atau tidak gadis Melayu miliki bentuk badan macam kerengga.
Ramping dan “berisi” di tempat yang betul. Patutlah cantik sahaja kalau
berkebaya!
Manja - Setiap kali ditanyakan personality gadis Melayu yang disukakan, mesti
manja macam Nora Danish menjadi sebutan bibir para jejaka. Memang lumrah
wanita Melayu bersifat lembut dan manja, manja dari segi gaya
percakapan dan manja lagi dari segi layanan.
Malu tapi mahu - Gadis Melayu juga terkenal dengan ciri pemalu. Kalau bercakap, mesti
berlapik. Sejuk hati abang tengok si gadis idaman miliki sifat pemalu.
Cun - Mata besar, hidung mancung dan kulit cerah, Matsalleh yang datang
berkunjung ke Malaysia selalu samakan wanita Melayu dengan gadis Latina.
Hakikatnya gadis Melayu nampak jelita semacam kerana kebanyakannya
miliki darah kacukan bahagian benua Timur Tengah. Contohnya sahaja seperti
Neelofa dan Izara Aishah.
Bersih - Ada juga yang memberi komen bahawa gadis Melayu ini bersih. Mungkin
kerana amalan permakanan jamu seperti saudara serumpun, gadis-gadis dari
Indonesia. sumber: newsmylaunchpad
-- Rozita Che Wan Mengandung? Zain Saidin Berdebar (Gambar)
-- (Gambar) Fasha Sandha Berbikini Di Bali.. Phewiittt!!!!!
-- Hanez Suraya Dipeluk Lelaki Sekadar Kawan Rapat (Gambar)
-- Nana Mahazan Bersalin Anak Kedua (Gambar)
-- Rozita Che Wan Pakai Baju Ketat Jaga Badan (Gambar)