Pelakon Rozita Che Wan mengakui langkahnya memakai pakaian ketat
sehingga menampakkan bentuk badan adalah salah satu cara untuk
memudahkan dia menjaga berat badan. Rozita atau lebih senang disapa Che Ta, 40, berkata, memakai pakaian
sedemikian dapat membantunya mengekalkan berat badan di mana lebih mudah
untuk dia mengesan berat badannya naik jika baju yang dipakai itu tidak
muat.
"Sebenarnya dari dahulu lagi saya suka memakai baju-baju yang
mengikut tubuh badan. Memakai baju-baju ketat dapat memudahkan kita
kesan kegemukan kita. "Dan bila kita pakai baju ketat, ia sekali gus membuatkan kita
berdisiplin dalam pemakanan dan hanya memakan makanan dalam jumlah
sedikit agar perut tidak nampak menggelebeh ," katanya kepada mStar Online.
Tambah Rozita, walaupun dia dilihat sebagai seorang yang begitu peka
dalam soal pemakanan, namun dia tidak pernah mengehadkan jenis makanan
yang boleh dimakan, cuma amaun yang dimakan sahaja yang dikurangkan. Sementara itu, Rozita memberitahu, walaupun ramai yang melihatnya
sebagai wanita yang rajin berhias, namun dia bukanlah seorang yang gemar
mengikut trend fesyen terkini.
"Memang saya tak ikut trend kerana ada jenis-jenis fesyen yang tidak bersesuaian dengan diri saya. "Seperti sekarang, ramai yang menyukai baju jenis ‘peplum’ tetapi
bukan saya kerana ia langsung tidak bersesuaian dengan diri saya yang
memiliki badan pendek tetapi kaki yang panjang. "Bagi saya, tidak perlu nak terlalu mengikut trend sehingga menjejaskan penampilan diri," tuturnya. mstar
-- Anne Ngasri Bersalin Anak Lelaki 3.4kg (Gambar)
-- Hanez Suraya Dipeluk Lelaki Sekadar Kawan Rapat (Gambar)
-- Polis Dihukum Buat Seks Oral Pelajar Tingkatan Tiga (Gambar)
No comments:
Post a Comment