Pasukan Kelantan berjaya mara ke final Piala Malaysia selepas
menumpaskaan Selangor, 2-0 pada aksi penuh dramatik separuh akhir kedua
di Stadium Shah Alam, Jumaat. Kelantan mara ke final secara agregat 3-0 selepas turut mencatat
kemenangan 1-0 pada aksi pusingan separuh akhir pertama minggu lalu.
Aksi serangan pantas kedua- dua pasukan gagal membuahkan gol pada babak pertama permainan. Namun bermula babak kedua, skuad Kelantan yang dibimbing oleh Bojan
Hodak tampil lebih agresif mencari gol melalui dua penyerangnya, Mohamad
Ghaddar dan Nor Shahrul Idlan Talaha.
Saturday, October 13, 2012
DJ Best 104 Dirompak, 2 Didakwa
Seorang remaja bawah umur antara dua lelaki yang mengaku tidak
bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan merompak
seorang juruhebah stesen radio Best 104 bulan lalu.
Remaja berusia 17 tahun yang bakal mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan Muhamat Arafi Amin Wong, 21, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Hassan Abdul Ghani.
Remaja berusia 17 tahun yang bakal mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan Muhamat Arafi Amin Wong, 21, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Hassan Abdul Ghani.
Subscribe to:
Posts (Atom)