my nuffnang

Pages

Monday, March 12, 2012

Fasha Sandha Kahwin Jejai April

Khabar mengenai perkahwinan aktres Fasha Sandha bukan lagi rahsia buat peminat dan industri seni.

Sebelum ini, pelbagai spekulasi mengenai tarikh perkahwinan Fasha hangat diperkatakan dan terbaru, Fasha dikatakan bakal menamatkan zaman bujangnya 29 April ini bersama jejaka pilihannya, Toh Muda Rizal Ashram Ramli atau Jejai.

Tidak menafi kan khabar angin itu, Fasha yang ditemui ketika Majlis Pelancaran Wajah Inspirasiku TV3, tidak lagi berteka-teki mengenai perancangannya untuk bergelar isteri tidak lama lagi.

Enggan mendedahkan tarikh sebenar perkahwinannya, Fasha mengakui bakal melangsungkan perkahwinan April ini dalam suasana sederhana.

“Ya, kami akan bernikah April ini, tetapi atas permintaan bakal suami saya, saya tidak boleh dedahkan tarikh sebenar. Bila dah dekat dengan tarikhnya, kami akan edarkan kad tanpa mengadakan sebarang sidang media untuk mengumumkan tarikh itu.

“Lagipun, majlis yang diadakan hanya sederhana. Saya tidak pernah mengimpikan majlis besar-besaran dengan gelaran Wedding Of The Year, cukuplah sekadar majlis itu sederhana tetapi sentiasa diingati. “Bagi kami, majlis sederhana lebih indah kerana kita dapat beramah mesra dengan tetamu yang hadir. Jika terlalu ramai, kita tak sempat nak melayan mereka,” katanya yang bakal melangsungkan pernikahan di rumah yang dibeli bakal suaminya di Ampang. sinarharian

-- Gambar Lisa Surihani Dan Yusry Bulan Madu Di Zurich
-- Gambar Datuk Siti Nurhaliza Di Pernikahan Adiknya
-- Rita Mahu Jawab Surat Aidil Zafuan

No comments: