Liyana Jasmay, 26, selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.9 kilogram pada pukul 7.40 malam, pada Isnin. Ibunya, Datin Habsah Simpon berkata, Liyana yang kini berada di Pusat
Perubatan Prince Court, bersalin secara normal dan kini
berada dalam keadaan baik.
"Alhamdulillah semuanya berjalan lancar Liyana dimasukan ke Pusat
Perubatan Prince Court pada Ahad kerana sudah ada tanda-tanda untuk
bersalin. "Kira-kira pukul 7.40 malam Isnin dia selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.9 kilogram secara normal," katanya.
Tambahnya, buat masa ini Liyana masih belum memberitahu nama yang dipilih untuk diberikan kepada bayi sulungnya itu. Liyana mendirikan rumah tangga dengan Fathuddin Mazlan, 30, pada 2
Februari 2013 dalam satu majlis yang diadakan di Hotel Seri Pacific. mstar
-- Aien Kembar Ekin Mawi Bersalin Anak Kembar (Gambar)
-- Pembaca Berita TV3 Dicium Brian McKnight Atas Pentas Konsert Di PWTC?
-- Gambar Perkahwinan Dia Fadila Dan Redza Tan Sri Dr Abdullah Sanusi
-- Pelajar Malaysia Dirogol Bergilir Gilir Di Bandung