my nuffnang

Pages

Tuesday, February 25, 2014

Ariana Rose Popularkan Fathia Dan Keith Foo (Gambar)

Watak sebagai seorang Muslim yang saya bawa menerusi drama ini hanyalah sekadar lakonan semata-mata,” kata aktor kacak, Keith Foo mengenai dakwaan lakonannya menerusi drama nombor satu, Ariana Rose, mempersendakan agama Islam. Menjelaskan lebih lanjut mengenai perkara itu, Keith akui bersyukur kerana diberi peluang untuk membawakan watak seperti itu (beragama Islam) kerana pada masa yang sama dapat belajar banyak perkara daripadanya.


“Saya memang tidak ada masalah bawa watak ini kerana pada masa yang sama banyak yang saya belajar terutamanya berkaitan agama Islam. “Ini bukanlah kali pertama saya bawa watak seperti ini kerana sewaktu di Indonesia dahulu sudah beberapa kali saya mainkan watak yang sama,” katanya ketika ditemui pada tayangan eksklusif drama Ariana Rose.

Menurutnya, sebagai seorang yang bukan beragama Islam, dia juga amat berhati-hati dalam melakukan babak-babak seperti solat dan berdoa. “Setiap kali sebelum lakukan babak-babak yang sensitif, saya akan lebih banyak bertanya supaya apa yang saya lakonkan itu saya lakonkan dengan cara yang betul agar mesejnya sampai. “Sebenarnya Islam bukanlah agama asing bagi saya dan keluarga kerana kakak saya adalah seorang mualaf. Jadi banyak perkara juga yang saya lihat daripada dia,” jelasnyar. sinarharian

--  Guru Sepak Tumbuk Pelajar Diarah Jalani Pemeriksaan Mental (Gambar)
--  Polis Dihukum Buat Seks Oral Pelajar Tingkatan Tiga (Gambar)
--  Spotcheck Dapur KFC Jom Terjah
--  Cinta Jangan Pergi Episod Akhir Sinopsis

No comments: