Kurangkan aktiviti luar - Kepada mereka yang biasanya melakukan aktiviti luar seperti berlari, bersenam di taman dan bermain dengan anak-anak, anda dinasihati untuk lakukan aktiviti-aktiviti ini di dalam rumah. Contohnya, bersenam aerobik di rumah dan juga melakukan aktivit bersama-sama anak-anak di rumah. Ini adalah untuk mencegah daripada bernafas udara yang tercemar daripada jerebu.
Minum air putih yang banyak - Jangan lupa untuk minum air sebanyak yang mungkin. Jika boleh, simpan air dalam botol supaya anda akan sentiasa ingat untuk minum air yang banyak. Air ialah agen pembuangan toksin yang paling bagus untuk badan anda.
Makan supplemen - Anda seharusnya cegah diri anda dan
ahli keluarga daripada penyakit. Oleh itu, makan supplemen yang sesuai
untuk bantu sistem imun badan anda bertindak dengan lebih efektif. Tambahan pula, supplemen yang sesuai boleh bantu mencegah badan daripada
serangan penyakit.
Pakai topeng mulut - Jika anda keluar untuk bekerja dan ke
sekolah, anda dinasihati memakai topeng mulut. Jangan abaikan
kepentingan topeng mulut dan tunggu hingga saat-saat akhir untuk
membelinya.
Gunakan penapis udara - Kepada mereka yang ingin lebih
berjaga-jaga, gunakan penapis udara (air filter) atau pelembap udara
(air humidifier) di rumah. Kedua-dua alat ini dapat membantu untuk
kurangkan serangan radikal bebas dalam udara. newslaunchpad
No comments:
Post a Comment