"Alhamdulillah, Piala Asian Football Confederation (AFC) kini milik kita! Kejayaan ini adalah berkat doa anda semua dan kesungguhan para pemain bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) yang bermain bermati-matian hingga ke tiupan wisel yang terakhir. Sebaik saja kita memenangi perlawanan akhir AFC, saya telah membuat panggilan telefon kepada anakanda saya, Tunku Mahkota Johor, untuk mengucapkan tahniah kepadanya. Dia terlalu emosional dan menangis, tetapi tangisan yang gembira. Dia memang begitu gembira. Memang, kalau boleh, dia ingin berada bersama-sama pasukan JDT dan para penyokong semua merayakan kemenangan ini, tetapi dia terikat dengan komitmennya".
Tunku Mahkota Johor berkata, dia ada bernazar bahawa jika JDT menang, maka dia akan menderma kepada semua masjid di negeri Johor. Dan saya sendiri pula sudah bernazar untuk menderma sebanyak RM 1 juta kepada rumah-rumah anak yatim di Johor," baginda bertitah. Tambah baginda, pemain-pemain JDT diraikan di Dataran Bandaraya Johor Bahru selepas TMJ kembali ke Johor pada 18 November ini. "InsyaAllah, Piala AFC akan dipamerkan ke semua daerah di negeri Johor, supaya rakyat Johor dapat melihat piala itu. JDT adalah milik Bangsa Johor. Kesetiaan anda semua telah membawa kita ke tahap ini. Terima kasih sekali lagi atas sokongan padu dan doa dari anda semua," titah baginda. mstar
-- Pelajar Sekolah Baca Yassin Di Tepi Jalan LPT2 Buat Ibu Bapa Marah (Gambar)
-- Lelaki Malaysia Mengamuk Di Little Ipoh Melbourne Milik Raja Yasmin (Gambar)
-- TMJ Dan Che Puan Khaleda Di Majlis Makan Malam Diraja (Gambar)
-- Perkahwinan Asyraf Datuk K Dan Nurtria Model Indonesia Di Hotel Majestic (Gambar)
-- Gadis Melayu Pilihan Lelaki Kerana
No comments:
Post a Comment